Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Marble Gebu Gebas Kaedah Simple

author name

📄

Perkongsian kali ini amat sesuai dijadikan hidangan terutamanya ketika majlis seperti hari raya. Kek marble gebu adalah nama yang diberikan kerana ia adalah kek butter marble yang sedikit berbeza berbanding kek marble biasa kerana lebih gebu. Berbanding kek butter biasa dalam resepi ini kita menggunakan ovallete iaitu sejenis bahan penstabil atau emulsifier yang menjadikan kek lebih gebu dan lebih sesuai untuk dibuat corak dibahagian atasnya. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba, berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

A

  • 5 biji telur gred A/B
  • 1 tsp ovallate
  • 3 tbsp susu pekat
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 cawan gula halus
  • ¼ susu full cream/susu cair
  • 11/2 cawan tepung naik sendiri
  • ½ cawan tepung gandum biasa

B

  • 150g marjerin/butter cair

Kaedah

  • Mula-mula sediakan loyang square saiz 9”
  • Panaskan oven sekurang-kurangnya 10min pada suhu 125c
  • Dalam mixer pukul semua bahan A hingga gebu( lebih kurang 10 minit pada kelajuan laju)
  • Bila dah gebu kaup balik minyak masak.
  • Asingkan sedikit untuk diwarnakan mengikut selera anda.
  • Masukkan baki adunan dalam loyang dan hias mengikut kreativiti
  • Bakar pada suhu 110c-125c selama 1 jam 20min atau hingga masak.
  • Sejukkan sebelum dipotong.
  • Siap!

Resepi ini biasanya digunakan untuk membuat kek hantaran ataupun dijadikan hadiah kerana corak-corak yang biasa dibuat dibahagian atasnya. Kek ini mempunyai rasa yang sama sedap dengan kek butter kerana ia masih menggunakan butter dan bukannya minyak jadi ia sememangnya lebih wangi dan sedap. Apapun jangan lupa mencuba resepi ini ye, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.