Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Cheese Parmesan Khusus Untuk Peminat Keju

Resepi berikut ialah resepi kek cheese yang sangat digemari. Iannya mempunyai rasa yang lebih lembut dan sangat berkeju. Penyediaannya pula tidaklah begitu sukar, sebaliknya ia menggunakan bahan yang minima dan teknik digunakan sama seperti kek chiffon. Cuma rasa keju parmesan memberi rasa yang berbeza kerana kekuatan pada aroma dan rasanya jadi ia sangat sesuai bagi peminat keju.Ā  Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 4-5 keping cheese cheddar
  • 200ml susu segar
  • 70g butterĀ 
  • 4 biji kuning telur

B MeringueĀ 

  • 4biji telur putih
  • 70g gula

C

  • 70g tepung gandum (diayak)Ā 

Hiasan

  • Keju parmesan parut

Kaedah

  • Mula-mula panaskan susu bersama butter dan kemudian masukkan cheese yang tekah disiat-siat.
  • Kacau hingga cheese cair, ketepikan.
  • Pukul telur kuning hingga kembang kemudian campir dengan adunan cheese tadi.
  • Selepas itu perlahan-lahan masukkan tepung gandum pula.
  • Sementara itu pukul telur putih bersama gula hingga jadi kaku.
  • Kaup balik adunan cheese tadi dengan meringue hingga sebati dan gebu.
  • Tapis adunan ini dalam loyang saiz 7ā€ dan hentak-hentakkan untuk hilangkan buih udara.
  • Tabur parutan keju parmesan dibahguan atas kek.
  • Bakar selama 20 minit pada suhu 160c dengan teknik steam bath.
  • Siap!.

Kek ini sesuai dijadikan hidangan minum petang atau sebagai meraikan hari istimewa seperti harijadi. Walaupun apa jua alasan anda jangan lupa untuk mencuba resepi ini ye.

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!