Resepi Japanese Cotton Cheesecake (Lazat Tapi Mudah)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kek yang diperbuat daripada keju. Kek Japanese cotton ialah sejenis kek chiffon dan tahukah anda kek Japanese cotton ini  berasal daripada Hakata, Jepun pada 1974. Kek Japanese Cotton Cheesecake biasanya diperbuat daripada krim keju,mentega,gula,telur dan krim putar. 

Namun kali ini resepi ini yang Madam akan kongsikan tidak menggunakan krim putar, sebaliknya hanya menggunakan susu sahaja. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Japanese Cotton Cheesecake ini.

Resepi Japanese Cotton Cheesecake (Lazat Tapi Mudah)
Bahan-bahan 

A

  • 250g cream cheese tatura
  • ½ cawan susu segar
  • 2 sudu besar butter

B

  • 6 biji telur gred b
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil cream of tartar/1 sudu kecil cuka masakan

C

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ sudu teh garam

Kaedah 

  • Mula-mula double boil bahan A hingga semuanya cair dan sebati.
  • Kemudian pecahkan telur dan asingkan telur kuning dan putih.
  • Tambahkan telur kuning bersama esen vanila dan kacau rata.
  • Masukkan bahan-bahan A tadi dan kacau sebati.
  • Akhir sekali masukkan bahan-bahan C yang telah diayak,ketepikan sebentar.
  • Selepas,pukul telur putih tadi bersama gula sehingga ia menjadi meringue yang kaku.
  • Kaup balik bahan C yang telah sebati tadi bersama meringue tadi.
  • Masukkan kedalam loyang bulat bersaiz 8”.
  • Bakar dengan teknik ‘steam bath’ dengan suhu 160c selama 1jam 10 minit.

Kek ini mempunyai rasa yang sangat ringan, ibarat hilang didalam mulut kata orang. Ini kerana pembuatannya sama dengan kek chiffon. Dimana ia memerlukan teknik yang berbeza dengan kek span atau kek butter. Kek chiffon sememangnya sangat sedap dimakan begitu sahaja kerana ia sangat lembut. Jadi anda harus mencubanya, mungkin ketika menyambut ulang tahun yang tersayang. Selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Give a Comment