Resepi Pankek Gebu (Macam Di McDonald)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi sarapan pagi yang dibawa dari barat. Pancake atau dalam bahasa melayunya ialah lempeng. Lempeng diperbuat dari tepung dan air. Namun pancake mempunyai beberapa bahan-bahan lain yang akan menyumbang kepada rupanya yang gebu. 

Pankek yang dibawa kali ini adalah jenis tebal,gebu dan lembut. Ia paling sedap dimakan bersama mentega asli (pure butter) dan juga madu. Pankek ini sangat mudah untuk dibuat, ia memerlukan masa yang juga minima. Bahan-bahannya juga senang ditemui. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara membuat pankek gebu ini.

Resepi Pankek Gebu (Macam Di McDonald)

Bahan-bahan

Bahan basah

  • ¾ cawan susu segar
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 1 biji telur ayam
  • 2 sudu besar mentega yg telah dicairkan dahulu

Bahan kering

  • 1 cawan tepung gandum ( all-purpose flour )
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ sudu kecil baking soda
  • ½ sudu kecil garam

Kaedah

  • Mula-mula campurkan susu dan cuka bersama-sama, biarkan selama 5 minit.
  • Kemudian tambahkan mentega cair dan telur, kacau agar ia sebati.
  • Selepas itu tambahkan semua bahan kering ke dalam mangkuk yang besar. Kacau agar ia sebati, kemudian tambahkan bahan-bahan basah yang telah digaul sebati tadi.
  • Kacau menggunakan hand whisk hingga semua bahan sebati hingga adunan berlipat-lipat. Ketepikan seketika.
  • Panaskan kuali tidak melekat (non-stick pan). Griskan sedikit dengan minyak masak. 
  • Dengan menggunakan senduk kecil, tuangkan satu adunan dalam satu masa. Gunakan api yang kecil, tunggu hingga bahagian atas sedikit masak sebelum terbalikkan ia.
  • Siap, boleh dihidangkan bersama madu dan mentega.
Kekal lembut walaupun telah sejuk.
Makan bersama butter dan madu.
Hidang bersama latte,semuanya homemade. Jimat!

Satu adunan menghasilkan lebih kurang 6 keping pankek jika anda menggunakan senduk kecil. Untuk rasa yang lebih optimum dan premium sentiasa lah gunakan mentega yang premium seperti ‘pure butter’. Penggunaan susu yang dicampurkan dengan cuka menghasilkan lebih lubang udara didalam pankek kita, sebab itulah ia berongga. Tetapi itu juga menjadikan pankek ini lembut walaupun telah sejuk.

Jika anda biasa menikmati pankek dari McDonald yang dijual lebih kurang RM10 satu set, maka anda harus cuba resepi ini. Ini kerana ia sangat sedap dan sangat mudah. Cubalah untuk dijamu sebagai sarapan pagi orang yang tersayang. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba ya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *