Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Butter Klasik (Confirm Puas Hati)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan satu lagi resepi kek butter yang sangat popular. Kek butter klasik nama yang dipilih untuk kek ini kerana sememangnya resepi ini telah lama digunakan oleh orang tua kita. Cuma bezanya dahulu mereka menggunakan marjerin seperti Planta kerana butter agak susah untuk ditemui.

Kek ini menggunakan teknik yang sedikit berbeza menyebabkan rasanya lebih gebu dan padat serta lebih sedap. Jika anda ingin mencubanya berikut adalah cara-cara dan bahan yang diperlukan yang anda boleh dapati di kedai berdekatan.

Resepi Kek Butter Klasik (Confirm Puas Hati)

Bahan-bahan

  • 250g marjerin/butter 
  • 230 g gula halus/caster
  • 5 biji telur gred B
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 230 tepung gandum
  • ½ sudu teh serbuk penaik
  • 50g susu cair/full cream/fresh milk

Kaedah 

  • Mula-mula panaskan oven pada susu 160-170 celcius.
  • Kemudian griskan dan lapik dgn kertas loyang empat segi saiz 7” atau bulat sais 8”.
  • Seterusnya pukul butter sebentar.
  • Masukkan gula dan terus pukul hingga adunan pucat.
  • Kemudian masukkan telur sebiji, terus pukul sehingga ia gebu.
  • Kemudian masukkan telur yg kedua, pukul lagi dan pastikan ia gebu.
  • Tambah telur yang ketiga dan sama, pastikan ia gebu.
  • Terus tambahkan telur yang keempat dan pastikan ia sebati..
  • Berhenti sebentar dan masukkan 1 sudu besar tepung gandum. 
  • Pukul sebati adunan, apabila telah sebati baru masukkan telur yang kelima.
  • Pukul lagi adunan sehingga ia menjadi gebu.
  • Berhenti sebentar dan masukkan baki tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.
  • Pukul lagi hingga sebati dan gebu.
  • Kemudian masukkan susu pula.
  • Perlahan-lahan pukul dan pastikan adunan gebu.
  • Akhir sekali masukkkan esen vanila, dan terus pukul hingga semua bahan sebati.
  • Bakar pada suhu 160 selama 60 minit.
  • Apabila telah cukup masa, cucuk kek dengan lidi untuk memastikan ia masak betul.
  • Keluarkan dari oven dan tunggu sekurang-kurangnya 10 minit baru keluarkan dari loyang.
  • Siap!

Jika anda ingin menghasilkan kek premium anda boleh menggunakan pure butter. Ini kerana aromanya dan rasanya jauh lebih sedap berbanding anda menggunakan marjerin. Jika anda tidak punya gula halus anda boleh menggunakan gula pasir yang dikisar.Begitu juga anda boleh menggunakan esen vanila yang lebih mahal bagi menghasilkan aroma yang sangat sedap. Oleh itu harap anda akan berjaya menghasilkan kek butter klasik ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *