Resepi Kek Tapak Kuda Matchella Viral Anti Gagal

Resepi kali ini adalah resepi viral dan menjadi sangat hangat kebelakangan ini. Ianya dipopularkan oleh seorang ustaz dan menariknya kek ini juga dipanggil kek tapak kuda ustaz. Bagaimanapun asal kek kuda ini sebenarnya berasal dari Brunei dan ianya adalah kek spoange yang dibakar didalam loyang yang agak rendah. Selepas dibakar ianya disejukkan sebelum ia dibelah dua secara melintang dan diisi dengan inti sebelum digulung dan menghasilkan rupa tapak kuda. Bagi anda yang ingin mencuba sebenarnya kek tapak kuda ini tidaklah sukar untuk dibuat dan berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan 

A

  • 3 biji telur 
  • 2 biji kuning telur
  • ½ tbsp ovalette
  • ½ cawan gula aising(tapis jika berketul)
  • ¾ cawan tepung naik sendiri.
  • 1 tsp esen vanila 

B

  • ½ cawan butter siap cair 

  • 1tbsp serbuk koko 

Kaedah

  • Campurkan semua bahan A dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan berlipat-lipat.
  • Kaup balik dengan butter cair.
  • Ketepikan sedikit adunan ini dan campur dengan serbuk koko.
  • Gaul hingga sebati dan asingkan sedikit untuk lorekan.
  • Dalam loyang petak 9”x9” masukkan bahagian coklat tadi dahulu dan ratakan.
  • Kemudian barulah tuang baki adunan yang masih berwarna asal tadi.
  • Paip garisan memanjang baki adunan coklat yang telah kita asingkan tadi.
  • Kemudian barulah lorek keatas dan kebawah untuk menghasilkan corak menarik. 
  • Bakar 30 min pada suhu 160c
  • (Jangan lupa gris dan lapik loyang dahulu)
  • Sejukkan sebentar selepas ia masak.

Bahan inti Nestum Matcha

  • 1 cawan coklat putih + ½ cawan minyak masak 
  • 2 tsp serbuk matcha
  • 1 cawan Nestum

Kaedah

  • Selepas coklat sejuk gaul dengan Nestum sebelum digunakan.

Bahan lain

  • Nuttela (saya guna sapuan hazelnut jenama Delfi)

Penyediaan Kek Tapak Kuda

  • Kek yang telah masak perlu dipotong dua.
  • Letakkan kek diatas plastik wrap secara melintang.
  • Letakkan nuttela dan kemudian nestum matcha.
  • Kemudian gulung dan terus gulung bersama plastik wrap dan simpan dulu dalam petiais sebelum dipotong.
  • Siap! 

Perbezaan kek ini dengan kek sponge ialah kandungan airnya, kerana adunan kek ini tidak menggunakan cecair seperti susu mahupun air. Tapi selain dari itu ia mempunyai bahan yang lebih kurang sama sahaja.Untk membuat inti matchaella iaitu gabungan nutella bersama nestum matcha juga amat mudah. Hanya pastikan coklat cair telah sejuk dahulu sebelum digaul bersama nestum untuk memberi rasa yang lebih rangup. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Similar Posts