Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Mango CheeseCake Rasa Macam Aiskrim Bila Dimakan

author name

📄


Siapa sahaja yang tidak suka dengan kek? Rata-rata penggemar kek adalah orang perempuan, orang perempuan memang tak lari dengan makanan manis. Sebut sahaja cheesecake pasti anda terbayangkan pelbagai kek yang ada, dengan cheese yang meleleh ketika sejuk di mulut memang enak.

Kali ini kami nak kongsikan resepi mango cheesecake yang pasti memikat selera anda, Mango cheesecake boleh dibuat dengan dua cara sama ada dibakar atau tidak dibakar. Jika anda ingin cara yang mudah anda boleh gunakan cara tanpa bakar, tidak banyak bahan dan alat yang digunakan. Mango cheesecake sedap dinikmati apabila sejuk, memang rasa sampai ke tekak, jom baca resepi pencuci mulut ini.

Resepi Unbaked Mango Cheesecake

Resepi pertama yang ingin kami kongsikan adalah resepi mango cheesecake tanpa bakar. Jika anda tiada peralatan untuk membakar, anda masih boleh membuat mango cheesecake ini. Mudah hanya sejukkan didalam peti ais setelah siap dan boleh dimakan. Resepi ini dikongsi oleh Noor Rabi Atul Adawiyah.

Bahan-bahan

Bahan A (based):

  • 125 gram butter
  • 14 keping biskut digestive

Cara Penyediaan

  1. Cairkan butter dan hancurkan biskut.
  2. Satukan kedua2 bahan bagi sebati kemudian ratakan kedalam loyang. Padat dan kemaskan guna sudu. Ketepikan.

Bahan B (filing):

  • 250 gram cream cheese
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 cawan fresh cream
  • 2 biji mangga
  • 1 1/2 sudu besar gelatin halal
  • 1/4 cawan air suam

Cara Penyediaan

  1. Kisar 1 biji mangga buat puri dan 1 biji mangga potong dadu.
  2. Putar fresh cream hingga kental.Ketepikan.
  3. Putar cream cheese dengan gula hingga kembang. Masukkan 2 sudu besar puri mangga kedalam adunan cheese.
  4. Masukkan fresh cream tadi kedalam adunan cheese.
  5. Bancuh air suam dengan gelatin,kacau sebati.
  6. Masukkan bancuhan gelatin kedalam adunan cheese dan kaup balik gunakan spatula sahaja.
  7. Masukkan mangga potong dadu tadi dan kacau rata.
  8. Tuang adunan kedalam loyang berisi biskut tadi.
  9. Letak dalam peti sejuk hingga cheese keras sikit.

Bahan C (topping)

  • Puri mangga
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 sudu besar gelatin

Cara Penyediaan

  1. Bancuh air suam dengan gelatin. Kacau sebati.
  2. Masukkan bancuhan gelatin kedalam puri mangga. Gaul rata.
  3. Tuangkan topping kedalam loyang cheese tadi. Ratakan.
  4. Hias ikut kreativiti masing2.
  5. Simpan didalam peti sejuk selama 6jam atau semalaman.

Resepi Baked Mango Cheesecake

Resepi kedua ialah mango cheesecake dibakar, jika anda mempunyai peralatan yang lengkap anda boleh ikut resepi yang ditulis oleh Siti Suhaida Mohd Sani ini.

Bahan-bahan

Bahan puri mangga

  • 3biji mangga diblend halus dengan sedikit gula dan masak dengan api kecil sehingga pekat
  • sukatan gula ikut citarasa nk manis macam mana

Bahan base

  • 200gm biskut digestive
  • 5 sudu makan butter
  • Blend halus biskut dan gaul dgn butter padatkan dalam loyang alas baking paper. Simpan dalam chiller.

Bahan Cheesecake

  • 500gm cream cheese
  • 130gm gula caster
  • 3biji telur B
  • 1 bekas plain yogurt
  • 200gm puri mangga
  • 25gm tepung jagung

Cara Penyediaan

  1. Pukul cream cheese dan gula sampai lembut gebu.
  2. Masukkan tepung jagung dan yogurt dan pukul lagi.
  3. Masukkan telur dan pukul sebati.
  4. Masukkan puri mangga dan pukul lagi.
  5. Tuang adunan dalam loyang base tadi dan bakar secara waterbath. Suhu sekitar 150 darjah selama 1 jam atau sehingga permukaan nampak kering dan perang sikit.
  6. Keluarkan loyang berisi air panas tadi dan biarkan kek dalam oven sekitar 1jam dengan pintu terbuka sikit.
  7. Then boleh masukkan kek dalam chiller selama 4jam ke atas untuk bagi set sebelum potong.
  8. Bolehlah letak filling manggo atas permukaan kek.

Resepi Menarik Yang Lain

Selepas ini tak perlu lagi nak beli di kedai jika anda craving dengan mango cheesecake, anda boleh cuba resepi yang kami kongsikan ini. Ada banyak lagi resepi pencuci mulut yang telah kami sediakan untuk anda. Jangan lupa share ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *