Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Red Velvet Cake Sesuai Sebagai Pencuci Mulut

author name

Kek Red Velvet merupakan salah satu menu pencuci mulut yang sering dijual di kafe, bakeri dan restoran di Malaysia. Ianya merupakan kek berwarna merah dan mempunyai tekstur seakan baldu, sesuai dengan nama yang telah diberikan, red velvet. Selalunya, kek ini akan digabungkan bersama krim keju yang memberikan rasa lemak manis di dalam hidangan ini. Gabungan krim dan kek ini menghasilkan sebuah hidangan pencuci mulut yang lengkap dengan variasi rasa dan digemari ramai.

Kali ini, kami bawakan resepi ini khas buat anda semua. Cara pembuatan kek ini amat mudah, oleh itu anda boleh menyediakannya sendiri! Ianya juga sesuai untuk dihidangkan pada majlis keraian khususnya majlis hari jadi. Kek ini juga sesuai dihidangkan sebagai menu minum petang bersama dengan teh panas.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Noor Nira dan mendapat banyak likes dan shares di media sosial. Mari kita lihat resepi ini!

Resepi Red Velvet Cake

red velvet cake 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 2 cawan tepung superfine
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil garam halus
    (satukan guna whisk bagi sebati)

Bahan B:

  • 1 1/2 cawan gula aising
  • 1 cawan minyak jagung
  • 2 biji telur gred A
  • Esen creamy vanilla
  • Pewarna bright red
    (gaulkan sampai kembang)

Bahan C:

  • 1 cawan susu segar+2 sudu besar cuka
    (Buttermilk)
  • 2/3 cawan air panas

Krim keju:

  • 500g cream cheese tartura
  • 1 cawan susu pekat manis f&n
  • Esen creamy vanilla

Cara – cara memasak:

  1. Gaulkan bahan B sehingga kembang dan masukkan bahan A secara berselang seli dengan bahan C.
  2. Sediakan loyang saiz 8 inci dan kukus selama 45 minit.
  3. Kemudian, hiaskan bersama krim keju.
  4. Siap!
red velvet cake
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *