Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Coklat Orang Bujang Sedap Senang Giler

author name

Resepi jali ini merupakan resepi tu pencuci mulut yang amat mudah untuk disediakan. Ianya menggunakan tepung segera dibeli di kedai RM 2. Oleh itu sesuai dengan namanya resepi ini amat sesuai bagi mereka yang inginkan hidangan pencuci mulut yang mudah dan murah untuk disediakan. Terutamanya bagi saiz hidangan kecil seperti untuk dua hingga tiga orang sahaja. 

Bahan-bahan yang digunakan di dalam resepi ini ialah bahan-bahan yang tertulis pada pembungkusan tepung segera ini. Namun begitu cara membuatnya tidaklah sukar dan bahan-bahannya juga amat mudah untuk ditemui, baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Tepung Noraini’s Chocholate Moist Cake 150g
  • Telur sebiji 
  • ¾ cawan gula
  • Rujuk bungkusan tepung segera untuk sukatan air dan minyak masak
  • Masukkan telur,minyak dan gula  dalam pengisar.
  • Kisar sehingga kembang. 
  • Keluarkan masukkan dalam mangkuk besar.
  • Masukkan tepung dan air secara berlang seli. 
  • Kukus dalam 40 minit dalam mangkuk sederhana besar atau 25 minit jikan guna bekas kuih lompang.
  • Siap dan bolehlah dihiasi dengan coklat ganache.

Resepi ini menggunakan kaedah yang sangat mudah iaitu mengukus jika anda tidak mempunyai pengukus anda boleh menggunakan kuali yang telah diisi dengan air kemudian letak sesuatu seperti penapis besi di atasnya sebelum meletak adunan kek ini untuk dikukus dan tutup dengan penutup kuali saiz besar. Untuk hiasan coklat anda bolehlah ‘double boil’ coklat dan tambahkan sedikti demi sedikit susu cair apabila coklat telah cair sepenuhnya.  Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *