Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Span Pandan (Mudah Dan Pasti Jadi)

author name

📄

Kek kali ini adalah kategori kek span. Ia sangat berbeza dengan kek butter.Dari segi rasa, tesktur dan pembuatan ada beberapa perbezaan. Jika kebiasaannya kek span yang mudah diperbuat dari tepung pre-mix. Resepi kali ini ia akan dibuat tanpa menggunakan pre-mix.

Namun ia menggunakan butter dan tidak menggunakan minyak masak seperti kebiasaan kek span. Oleh itu rasanya mempunyai kombinasi kek butter dan kek span. Bagaimanapun teskturnya lebih halus dan ringan.Resepi ini sedap untuk dimakan terus atau lebih kerap diguna dalam resepi Kek Pandan Gula Melaka.

Mari lihat resepi dan bahan-bahannya.

Resepi Kek Span Pandan

Bahan-bahan

A

  • 4 biji telur gred B
  • ½ cawan gula kastor
  • 1 sudu teh ovallete

B

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik

C

  • ¼ cawan santan
  • 1 sudu teh esen/emulco pandan
  • 1sudu teh pewarna hijau

D

  • ¼ cawan mentega cair

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya  10 minit.
  • Gris dan lapikkan kertas minyak pada loyang bulat saiz 8”
  • Pukul bahan A hingga kembang.
  • Masukkan bahan B perlahan-lahan agar tepung tidak berterbangan.
  • Masukkan bahan C sehingga adunan menjadi sebati dan gebu.
  • Padamkan mesin pengadun.Dengan menggunakan spatula dan teknik kaup balik, masukkan bahan D .
  • Tuang kedalam loyang yang telah digris tadi.
  • Bakar pada suhu 160c selama 40 minit.

Apabila telah masak,seperti biasa cucuk dengan lidi untuk menguji samaada kek telah masak. Terus terbalikkan dan biarkan diatas redai selama 10min, barulah keluarkan ia dari loyang.

Boleh dihiasi dengan gula melaka dan swiss meringue buttercream untuk membuat kek pandan gula melaka.

Sekian dulu resepi kali ini, anda juga boleh mencuba resepi-resepi kami yang lain. Kami mempunyai koleksi pelbagai resepi yang digemari dan menjadi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *