Resepi Blueberry Cheesecake Oreo
|

Resepi Blueberry Cheesecake Oreo Mudah Nak Buat

Siapa sahaja yang tidak suka dengan pencuci mulut. Rasa yang manis masuk ke dalam mulut cukup menggiurkan sesiapa sahaja. Untuk artikel kali ini kami berkongsi kan resepi blueberry cheesecake Oreo. Cheese memang sinonim dengan pencuci mulut, malah banyak resepi yang boleh diolah dengan cheese. Blueberry cheesecake Oreo ini memang sesuai dipadankan bersama, rasa masin berlemak dan masam cukup serasi kombinasi ini.

Pencuci mulut ini juga paling sedap di makan adalah bila disejukkan dan terus makan. Memang sejuk sampai ke tekak.. Jom kita baca resepi yang dikongsikan oleh Lina Kasssim yang telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.

Bahan-bahan

Base

  • 130gm butter – di cairkan
  • 1800gm biskut oreo – dihancurkan
  • 20gm almond nib – digoreng tanpa minyak gaul kan biskut + almond bersama butter and masuk dalam loyang dan tekan sampai padat kesemuanya. Ketepikan.

Filling

  • 500 gm cream cheese
  • 30 gm butter
  • 120 gm gula halus
  • 30 gm tepung jagung
  • 200 ml whipping cream
  • 3 biji telur gred A

Cara Penyediaan

  1. Mix bahan filling sampai sebati tuang dalam loyang yang ada base biskut waterbath.
  2. Bakar secara kukus letak loyang cheese dalam dulang berisi air panas dan masuk dalam oven.
  3. Make sure balut keliling loyang dengan aliminium foil kalau guna spring foam bakar dalam 1jam ,160°c or bergantung oven masing-masing.
  4. Tempoh bakar 1 jam 20min (api paling slow tau) lepas sudah masak biarkan dalam 1 jam cake tu dlm oven, pintu bg renggang sikit lepas tu baru keluar kan and sejuk kan dlm freezer semalaman, kalau kejap sangat tak menjadi cheesecake.
  5. Bila cake dah keluarkn dari oven tuangkan topping blueberry & rasberry banyak-banyak Masam, manis lemak, rasanya. Selamat mencuba.

Kalau nak tahu lagi lama anda simpan kek ini di dalam peti sejuk, lagi sedap bila di makan. Kalau tak ada biskut oreo di rumah anda boleh gantikan dengan biskut marie rasanya sama sahaja sedap!

Reepi Menarik Yang Lain

Terima kasih kerana mengikuti resepi yang kami kongsikan ini. Banyak lagi resepi menarik yang ada.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *