Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Red Velvet Cheese Brownies (Mewah Menarik)

author name

Hidangan pencuci mulut yang bertaraf internasional iaitu kek red velvet. Kek red velvet pada mulanya berasal dari Amerika. Dulunya kek ini sukar dijumpai dimana-mana kedai kek kerana resepinya dirahsiakan oleh sebagian peniaga. Hanya beberapa kalangan saja yang boleh menikmati kek ini dulunya.

Namun makin ke sini, makin ramai yang tahu resepinya. Bahkan ramai orang memvariasikan resepi. Seperti resepi yang dikongsikan oleh Norazieanti Ghazali di laman Facebook. Beliau menambahkan topping cheese ke atas kek, jadikan kek red velvet makin sedap menggairahkan.

Warna kemerahan pada kek berasal daripada pewarna makanan selain juga dipengaruhi oleh pemakaian cuka dengan butter. Bahan asasnya menggunakan dark chocolate.

Jika ingin sambut hari jadi, hari jadi perkahwinan dan acara istimewa lainnya, buat kek red velvet cheese ialah paling terbaik dan ianya merupakan kek yang menarik dan cantik untuk dihidangkan.

Resepi Red Velvet Cheese Brownies

red velvet brownies
Imej via Facebook

Bahan Brownies :

  • 120 gram dark choc compound (Beryls),
  • 170 gram salted butter,
  • 350 gram gula castor,
  • 4 biji telur A,
  • 1 sudu kecil cuka makan,
  • 2 sudu besar pewarna merah (bright red),
  • 1 sudu kecik esen vanilla,
  • 190 gram tepung gandum,
  • 1 ½ sudu kecil baking powder.

Cara-cara :

  1. Cairkan choc dan butter (double boil).
  2. Ayak tepung gandum dan baking powder.
  3. Campurkan gula, telur, esen vanila, pewarna merah dan cuka. Kacau sebati dan masukkan coklat yang sudah dicairkan tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sebati. Asingkan 1 sudu besar untuk melorek di atas brownies.
  5. Gunakan loyang 9×9 inci. Alas baking paper melebihi paras loyang supaya mudah untuk dikeluarkan lepas brownies masak.
  6. Tuang adunan brownies dan bancuh adunan cheese.

Bahan Cheese :

  • 250 gram cream cheese,
  • 50 gram gula castor,
  • 2@3 sudu besar air perahan lemon,
  • 1 biji telur gred A.

Cara-cara :

  1. Campur cheese, gula dan air perahan lemon. Putar sehingga lembut dan tidak berketul.
  2. Masukkan telur dan putar sebati.
  3. Tuang ke atas adunan brownies sedikit-sedikit menggunakan senduk/sudu.
  4. Akhir sekali adunan brownies 1 sudu besar yang diasingkan tadi dilorek menggunakan lidi/chopstick.
  5. Bakar di rak tengah dengan suhu 160-170°C selama 40-45 minit. (Mengikut oven sendiri)

Nota : Untuk ukuran cupcake saiz S. 1 sudu besar adunan brownies ½ sudu besar adunan cheese. Bakar selama 20-30 minit.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek red velvet cheese brownies, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *