Resepi Basque Brunt Cheesecake ( Mudah Dan Sedap)

Resepi kali ini ialah resepi pencuci mulut.Berbeza dengan cheesecake yang biasanya mempunyai dasar yang diperbuat dari ‘digestive biscuit ‘ dan dibakar dengan teknik ‘steam bath’. Resepi burnt cheesecake ini berasal dari satu tempat Basque Country iatu sebuah negara di  utara Sepanyol.

Burnt cheesecake ialah sejenis kek cheese yang sengaja dibakar hangus, kerana ia tidak dibakar menggunakan steam bath. Unik kek ini, ia juga dibakar dengan kertas minyak yang bersaiz besar hingga melepasi saiz loyang tersebut. 

Ini memberi satu imej santai dan nampak lebih rugged. Namun mengejutkan kerana rasa kek sangat sedap.

Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek ini.

Resepi Basque Brunt Cheesecake ( Mudah Dan Sedap)

Bahan-bahan untuk loyang bulat saiz 6”

  • 250g cream cheese
  • 70g gula caster
  • 1 biji kuning telur
  • 2 biji penuh telur 
  • 1 sudu besar tepung kek
  • 120g krim putar

Kaedah

  • Sebelum mula, panaskan oven pada pada suhu 200c sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Lapikkan loyang dengan kertas minyak, lastikan saiz kertas itu lebih besar dari loyang agar ia mempunyai lebihan di bahagian luar.
  • Mula-mula dengan menggunakan ‘stand mixer’, pukul cheese dan gula hingga sebati dan putih. 
  • Kemudian tambahkan kuning telur, pukul hingga ia benar-benar sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji, tambahkan setiap satu selepas yang mula dimasukkan itu tidak kelihatan.
  • Masukkan tepung dan pukul hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan whip cream, dan pastikan ia juga dipukul sebati.
  • Adunan sangat cair, jadi tuang terus kedalam loyang.
  • Bakar pada suhu 200c selama 50 minit.
  • Jika ia tidak cukup hangus, nyalakan api dibahagian atas sahaja dan bakar lagi 10 minit.
  • Apabila telah siap,biarkan ia sejuk didalam loyang dahulu.
  • Keluarkan ia dengan cara mengangkat kertas itu,hidangkan bersama kertas. Buka kertas semasa hendak potong kek.
  • Siap.
Resepi Basque Brunt Cheesecake ( Mudah Dan Sedap) 2
Resepi Basque Brunt Cheesecake ( Mudah Dan Sedap) 3
Resepi Basque Brunt Cheesecake ( Mudah Dan Sedap) 4


Kek ini mempunyai rasa yang lembut dibahagian tengahnya seperti kastad. Namun dengan cheese ia mempunyai rasa yang lemak-lemak masam dan manis. Ia sangat mudah dilakukan. Anda tidak perlu risau kek akan bantat ke atau suhunya perlu diubah ke atau kek anda hangus. Kerana ia memang perlu dihanguskan! Mudah bukan? 

Saiz adunan ini sesuai untuk dimakan 3-4 orang. Anda pasti tidak akan gagal dalam mencuba resipi ini, yang anda perlukan ialah keberanian untuk mencuba. Mencuba sesuatu yang berbeza tapi mudah dan lazat. Yang dapat memukau tetamu anda atau orang yang tersayang!

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ye. Selamat mencuba!