Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Brownies Cookies (Guna 5 Bahan Sahaja)

author name

Resepi kali ini ialah satu resepi yang sangat sesuai sebagai snek. Ia adalah kategori biskut. Asal usul resepi ini ialah dari brownis. Brownis seperti yang kita tahu adalah satu manisan yang diperbuat daripada coklat,telur, tepung dan gula. Brownies mempunyai rasa yang rangup di luar lembut di dalam dan sangat penuh dengan chocolate.

Namun brownies cookies ialah gabungan brownies dan cookies. Boleh bayangkan? Rasa brownies yang kaya dengan coklat dan rasa kerangupan cookies. Bagi peminat coklat, boleh dibuai-buai keenakkannya. Mari lihat resepi ringkas ini.

Resepi Brownies Cookies (Guna 5 Bahan Sahaja)

Bahan-bahan

  • 250g dark chocolate coin 
  • 80g pure salted butter

B

  • 100g tepung gandum
  • 140g gula aising

  • Telur 2 biji
  • Almond flakes

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 150c sekurang-kurangnya 10 minit
  • Kemudian masukkan coklat ke dalam mangkuk bersih dan tambahkan mentega. Selepas itu letak mangkuk ini di atas periuk yang mempunyai air yang mendidih.
  • Pastikan coklat cair sepenuhnya. 
  • Dalam bekas lain masukkan tepung dan gula icing bancuh menggunakan hand whisk. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sehingga dua bahan ini sebati.
  • Campurkan bahagian A dengan bahagian B. Kacau dan pastikan adunan mempunyai tekstur berlipat lipat. 
  • Masukkan adunan ini di dalam beg piping. Paipkan adunan ini di atas lapik macaroon.
  • Taburkan almond flakes jika suka atau biar kosong juga boleh.
  • Bakar pada suhu 150 celcius selama 30 minit. Apabila telah masak letak di atas besi redai agar ia sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas yang kedap udara.
  • Siap.
Macaron mat image via google

Brownies cookies ini rasa penuh dengan chocolate. Satu adunan ini boleh mendapat sehingga 100 keping tetapi anda haruslah menggunakan ’silikon mat’. ‘Silikon mat’ ini boleh dibeli di kedai-kedai yang membekalkan barangan bakeri. Suhu jangan terlalu tinggi kerana dikhuatiri cookies mudah hangus. Untuk satu adunan ini kita boleh mendapat dua botol sederhana.  Mungkin boleh mencubanya manalah tahu anda boleh ambil tempahan untuk hari raya nanti.

Jadi jangan takut untuk mencuba ya, beli bahan dan buat. Tidak perlu ragu-ragu kerana resepi pasti menjadi. Selamat mencuba!

Resepi – resepi yang boleh dicuba:

Begitu senang kan resepi kali ini, anda pasti boleh. Oh ya selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *