Resepi Kek Planta (Confirm Ramai Suka!)

Kek Planta merupakan salah satu menu kek yang sangat popular dengan kita. Kek Planta diambil nama daripada marjerin yang sangat terkenal, Planta. Ianya adalah bahan utama bagi pembuatan kek planta.

Kek Planta amat mudah untuk disediakan. Rasanya lebih berat daripada kek span, menjadikan ia amat puas dimakan begitu sahaja, ataupun bersama air teh o panas. Kek Planta boleh dihidangkan di waktu minum petang ataupun pada majlis keraian.

Resepi ini dikongsikan oleh Mira Marissa dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!

Resepi Kek Planta

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 cawan planta pelangi
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum/superfine
  • 1 sudu kecik baking pwder
  • Sedikit esen vanila
  • 4 biji telur gred B
  • 3 sudu besar susu pekat

Cara – cara memasak:

  1. Putar planta dengan gula smpai kembang
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sampai kembang
  3. Masukkan esen vanila
  4. Masukkan susu pekat
  5. Masukkan tepung sikit demi sikit bersama baking powder.
  6. Kaupkan dan masukkan kedalam loyang.
  7. Api sederhana dan bakar selama satu jam.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Give a Comment