Resepi Bengkang Roti (Gerenti Menjilat Jari!)

Resepi Bengkang Roti

Bengkang roti juga dikenali sebagai bingka roti. Ianya merupakan gabungan roti dan biskut yang dibakar bersama. Rasanya manis berlemak, pasti digemari ramai.

Kali ini kami bawakan resepi bengkang roti ini khas buat anda sekalian. Ianya mudah untuk disediakan dan bahannya juga mudah didapati. Bolehlah anda menyediakannya kepada yang tersayang ataupun para tetamu.

Resepi ini dikongsikan oleh Nis Hanis dan mendapat banyak likes serta shares di Facebook beliau. Jom scroll down!

Resepi Bengkang Roti

Resepi Bengkang Roti
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Roti
  • Biskut-biskut 4 segi
  • 1 telur ayam (dikacau)
  • Susu tepung / setengah kotak kecil susu full cream
  • Santan
  • Garam dan gula

Cara – cara memasak:

  1. Rendam roti dan biskut. Apabila sudah kembang, toskan. Simpan air rendaman roti.
  2. Lenyekkan roti tidak kisah kasar atau halus.
  3. Masukkan telur ayam, susu dan sedikit santan. Jika tekstur agak kering, masukkan air rendaman roti. Pastikan air tidak terlalu banyak. Tekstur roti perlu moist sahaja.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Sapukan sedikit majerin/butter pada loyang. Jangan terlalu banyak nanti bengkang terlalu berminyak.
  6. Bakar 180°C selama 30-40 minit.
  7. Cucuk menggunakan lidi untuk tengok melekat atau tidak. Jika sudah masak, tekstur tidak akan melekat.
  8. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Give a Comment