Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi English Big Breakfast Homemade Ala-ala Cafe

author name

Resepi ini merupakan idea sarapan pagi yang dicedok daripada masakan Barat khususnya sebelah Eropah. Big breakfast atau sarapan pagi besar bermakna sarapan pagi yang lengkap dengan pelbagai hidangan sampingan yang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Di antara hidangan sampingannya ialah telur hancur, hot dog ataupun sosej dan juga cendawan yang digoreng keperangan dan sudah tentulah roti. Baiklah bagi anda yang inginkan kelainan sebagai hidangan sarapan pagi keluarga anda cubalah resipi ini, berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan telur hancur berkrim

  • 3 biji telur
  • 3tbsp susu segar/full cream/susu cair
  • 3tbsp mayonis
  • Garam dan lada sulah secukupnya
  • Butter unsalted dan sedikit minyak masak.
  • Cheese slice (pilihan)

Kaedah

  • Panaskan kuali dan tambah butter dan masukkan sedikit minyak agar butter tidak hangit.
  • Masukkan semua bahan kecuali cheese dan kacau sebati (mayonis akan berketul tapi biarkan)
  • Kacau sentiasa agar telur hancur tetapi jangan lama sangat kerana akan buat ia menjadi kering.
  • Sebelum telur masak betul masukkan cheese dan tutup api bila ia telah masak sepenuhnya.

Bahan-bahan ‘saute’ cendawan

  • 1 mangkuk cendawan shitake/button siap hiris nipis
  • 1 biji bawang besar holland hiris bulat dan nipis.
  • Minyak masak/zaitun seckupnya.

Kaedah

  • Panaskan minyak dan masukkan semua bahan hingga layu dan perang.
  • Tutup api dan ketepikan.
  • Bahan-bahan sosej grill
  • Breakfast sosej/sosej biasa
  • Butter

Kaedah

  • Rebus sosej hingga lembut, toskan.
  • Panaskan butter dan grill sosej hinga keperangan dan alih.
  • Siap!

Bahan lain

  • Avocado
  • Buah tomato ataupun sayur pilihan anda
  • Roti siap grill

Penyediaan

  • Dalam 1 dulang besar susun bahan-bahan tadi dan tambah sos cili dan mayonis sebagai sos pencicah.
  • Siap!

Jika di barat sosej ini digantikan dengan bakon tetapi saya hanya guna sosej sebab ia lebih murah dan mudah untuk didapati. Hidangan ini lengkap dengan pelbagai sumber kesihatan yang baik untuk kesihatan dan jika anda tambah avocado anda juga telah menambah lemak sihat yang tinggi anti oksidan dan bagus untuk mengawal kolesterol dalam badan. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.