Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lempeng Nasi Sarapan Pagi Senang Dan Jimat

author name

Resepi berikut ini merupakan salah satu inovasi lempeng yang amat digemari terutamanya di sebelah pagi sebagai sarapan. Kalau dah habis idea untuk sarapan pagi dan jemu dengan nasi goreng anda boleh mencuba resepi ini. Penyediaannya sangatlah mudah dan ianya menggunakan baki nasi semalam oleh itu anda bolehlah berjimat dan mengubahsuai nasi. Antara bahan yang digunakan ialah nasi sejuk, tepung, telur, garam dan sedikit gula, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk nasi sejuk (kisar dengan air secukupnya)
  • 4 senduk nasi tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Garam dan gula secukup rasa.

Kaedah 

  • Campur semua bahan dan pastikan ia tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
  • Kepekatan yang betul ialah adunan yang nampak berat bila dituang tetapi tidak pekat.
  • Dengan api yang sederhana goreng lempeng dengan sedikit minyak hingga ia masak.
  • Terbalik dan sejukkan sedikit sebelum dihidangkan.
  • Siap!

Lempeng perlu dimasak dengan api sederhana panas agar ia tidak hangit, lempeng nasi ini bolehlah dihidangkan bersama sambal tumis ataupun sambal sardin. Malah ia juga sedap dimakan begitu sahaja selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.