Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Risol Rangup (Lazat dan Creamy)

author name

Siapa suka risoles? Risoles ialah kudapan minum petang yang popular di Malaysia dan Indonesia. Makanan ini senang dijumpai di kedai-kedai runcit atau pasar malam atau kedai sarapan pagi.

Sekilas pandang risol tampak macam popia gulung atau roti gulung. Namun risol berbeza, doh kulit risol tidak dijual segera, malah dibuat sendiri dengan tepung gandum. Risol yang suda digulung kemudian dibalur dengan serbuk roti.

Sesiapa suri rumah yang teringin buat tambahan pendapatan boleh cuba cara cik Ara Nal buat risol ini. InsyaAllah berbaloi untuk tambah-tambah pendapatan. Risol yang memenuhi citarasa, rangup di luar creamy di dalam.

Resepi Risoles Rangup Creamy

risol
Imej via Facebook

Bahan Kulit Risoles :

  • 250 gram tepung gandum diayak,
  • 630 ml air biasa,
  • 1 sudu kecil garam,
  • 1 sudu kecil gula,
  • 1 biji telur,
  • 2 sudu besar minyak masak.

Cara-cara :

  1. Ayak tepung gandum. Masukkan garam dan gula. Kacau guna whisk.
  2. Kemudian masukkan air separuh dari 630 ml tadi. Kacau.
  3. Masukkan telur. Kacau lagi.
  4. Masukkan lebihan air tadi. Kacau hingga adunan sebati dan masukkan minyak masak. Adunan tepung pastikan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  5. Masak dengan kuali non stick lebih kurang saiz 28 cm.
  6. Tinggalkan sedikit bancuhan tepung untuk salutan.

    risol
    Imej via Facebook

Bahan Inti Risoles :

  • 200 gram daging/ayam,
  • 1 biji kentang (dipotong dadu),
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu),
  • Daun bawang dan daun sup,
  • 1 biji bawang besar,
  • 3 ulas bawang putih,
  • 1 ½ sudu besar serbuk blackpepper,
  • 250 ml susu fullcream (Dutchlady),
  • 50 gram cheddar cheese (disagat),
  • Sedikit garam dan gula.

Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar.
  2. Kemudian masukkan daging/ayam.
  3. Kemudian masukkan kentang dan lobak.
  4. Kemudian masukkan susu fullcream dan serbuk blackpepper.
  5. Jika sudah agak kering masukkan cheddar cheese. Perasakan dengan garam dan gula.

    risol
    Imej via Facebook

Cara Membalut :

  1. Letakkan satu sudu besar inti risoles ke atas kulit. Balut macam buat popia.

    risol
    Imej via Facebook
  2. Kemudian salutkan keseluruhan risoles yang telah dibalut ke dalam lebihan bancuhan tepung dan letak serbuk roti.
  3. Jika ingin meletop, tambahkan mozzarella dalam inti risoles. Atau masa balut inti dalam kulit risoles boleh tambahkan lagi cheddar cheese atau sosej Ikut keinginan masing-masing.
  4. Simpan frozen risoles bagi deep freezer boleh tahan 3 bulan. Apabila ingin goreng defrost sekejap baru boleh goreng hingga kaler brown.

    risol
    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi risoles, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *