Talam Cendol

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamu’alaikum Dan selamat pagi semua sahabat MAHN..Resepi pagi ni talam cendol saya tunaikan Dan kongsikan…semoga Allah berkati rezeki saya sekeluarga…Aamiin

TALAM CENDOL

Lapisan bawah
Bahan A
150g gula
230G Tepung beras
1sdb tepung jagung
250ml Santan
500ml air
1 sdt garam

Bahan B
200g cendol
Panaskan kukus terlebih dahulu
Campurkan semua bahan Gaul hingga sebati…masak hingga naik WAP…masukkan cendol Dan Gaul rata…tuang ke DLM Loyang 10″ yg tlh disapu minyak Dan dilapik plastik 16×16..kukus selama 25 minit hingga masak..
Cucuk dgn garfu sblm tuang adunan lapisan at as…

==============================================

Lapisan Atas
Bahan A
250g gula merah
50g gula pasir
500ml air
Masak hingga gula hancur shj…

Bahan B
180g tepung gandum
250ml santan
2bj telur
1/2sdt garam
Sedikit Esen vanila

Campurkan bhn A bersama bhn B. Kacau rata kemudian masak hingga naik WAP. Tuang ke at as lapisan bawah. Kukus 30minit…hingga masak…lap penutup setiap 10minit sekali utk mengelakkan air pengukus menitik…

kredit resepi ini kepada Iza Zubaidah via masak apa hari ni

nak lagi resepi ? jom like Resepi Sedap

Leave a Comment