Kuah rojak

Oleh:

Salam semua…hari ni saya nak share resepi kuah rojak yg menjadi kesukaan kami sekeluarga…semoga bermanfaat

?
KUAH ROJAK

Bahan2nya.
1/2 cwn cili sos
1/2 cwn kicap pekat
2 sudu besar cili kering mesen/10 biji cili padi di blend-mengikut kepedasan masing2
1/2 cwn gula-terpulang tahap kemanisan masing2
1 cwn gula merah
1 sudu belacan dibakar
2 sudu pes otak udang
1/2 cwn air
Kacang tanah goreng tanpa minyak & ditumbuk kasar…anggaran 1/2 cwn atau terpulang kpd anda
Nak letak bijan pun boleh-goreng tanpa minyak
Cara2nya
Masukkan semua bahan kecuali kacang tanah sambil dikacau di atas api hingga mendidih.
Bila agak pekat, masukkan kacang tanah dan angkat.
Selamat mencuba…

Sumber internet…

kredit resepi kepada ‎Imah Rahman‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Resepi.My

Tinggalkan komen di sini

[crp]