Resepi Asam Rebus Ikan Selar (Masakan Ringkas Konsep Kampung)

Ada masanya menjadi tukang masak yang sedang berdiet sememangnya mencabar. Bayangkan menghidang masakan yang enak untuk keluarga,tapi tukang masak tidak boleh makanan itu, kerana sedang berdiet.

Masak kari,ayam masak merah, acar buah semuanya itu tinggi kalori. Hari ini Madam kongsikan salah satu resepi yang selalu Madam masak untuk diri sendiri sementara keluarga juga boleh makan masakan itu. Biasanya Madam makan dengan nasi segengam, ulam dan sambal belacan. Makanan pedas elok untuk meningkatkan metabolisme badan.

Resepi Asam Rebus Ikan Selar (Masakan Ringkas)

Bahan utama

  • Ikan selar 1 ekor, sederhana besar.

Bahan-bahan kisar

  • Segenggam cili kering yang telah direbus hingga kembang.
  • Sebiji  bawang besar saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan

Bahan-bahan perasa

  • Asam keping sekeping saiz besar.
  • Garam 1 ½ sudu kecil
  • Serbuk perasa ½ sudu kecil

Bahan-bahan rencah

  • Setangkai daun kesum
  • 5 batang bendi
  • Sebiji tomato.
  • Cili api (pilihan)

Kaedah

  • Cuci ikan,potong beberapa bahagian ( pilihan) dan perapkan dengan garam  dan serbuk kunyit.
  • Ketepikan.
  • Sediakan periuk,masukkan bahan-bahan kisar.
  • Masukkan asam keping, tujuannya agar kuah cukup masamnya.
  • Bila kuah mulai mengelegak, masukkan ikan.
  • Biar seketika baru masukkan bendi tomato, daun kesum dan cili api beberapa batang ( jika suka lebih pedas)
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa. Biar bendi empuk sedikit, barulah tutup api. Sekarang bolehlah dihidangkan.
Resepi Asam Rebus Ikan Selar (Masakan Ringkas Konsep Kampung) 2

Oleh kerana nasi yang diambil hanya segenggam,maka makan makanan yang berkuah boleh membantu mengenyangkan perut. Jika mengamalkan diet kalori, kelaparan adalah sesuatu yang perlu dikuasai. Ini kerana jika kita lapar kita cenderung untuk makan lebih. Inilah faktor yang menyebabkan kegemukan.

Mari lihat resepi-resepi diet lain juga.

Leave a Comment