Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Goreng Kampung Bunga Kobis (Resepi Untuk Kurus)

author name

Nasi goreng kampung, dinamakan begitu kerana bahan yang digunakan lazimnya sangat mudah didapati. Rasanya yang pedas dengan sayur kangkung sebagai rencah utama, menjadi ia pilihan paling mudah untuk menu sarapan pagi.

Nasi goreng kampung alaf kini,tidak lagi ditemui sekadar diceruk dapur. Malah kini menu ini menjadi pilihan ramai di gerai-gerai, hatta direstoran-restoran juga. Bagaimana pun atas kesedaran tentang perihal kesihatan yang makin menebal dikalangan masyarakat kita,nasi goreng kampung mula diinovasi mengunakan bahan lain sebagai alternatif.

Ada satu bahan yang kebelakangan ini mulai popular dikalangan pengamal diet sebagai penganti nasi. Iaitu bunga kobis, yang digunakan sebagai alternatif nasi . Ianya diguna kerana ia tidak mempunyai karbohidrat. Berbanding nasi yang tinggi karbo dan juga mempunyai ‘glimex index’ yang tinggi.

Hari ini, Madam ingin bawakan resepi nasi goreng kampung bunga kobis. Jadi mari lihat bahan-bahannya.

Nasi Goreng Kampung Bunga Kobis

Bahan utama

  • Bunga kobis parut 2 cawan.

Bahan-bahan tumbuk

  • Cili api 5 biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang besar ½ labu
  • Ikan bilis 2 sudu besar

Kaedah

  • Panaskan minyak
  • Tumis bahan-bahan tumbuk.
  • Apabila telah naik bau, tambahkan garam, serbuk perisa.
  • Kacau semuanya hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan bunga kobis yang telah diparut.
  • Goreng hingga bunga kobis masak.
  • Tutup api, boleh dihidang segera.
Sesuai sebagai hidangan dipagi hari.

Bunga kobis kini digunakan sebagai alternatif pelbagai resepi berasaskan nasi,seperti nasi lemak bunga kobis, nasi impit bunga kobis atau dimakan dengan lauk biasa sebagai ganti nasi dalam pengambilan nasi.

Diharap anda sudi mencuba resepi ini, jangan lupa juga lihat resepi-resepi kami yang lain juga.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *