TART CADBURY

Oleh:

Dah setahun tak mengukis. Hari ni semangat dah mari ? Terhasillah TART CADBURY 3 BAHAN. Adunan tart tak bubuh gula sbb coklat Cadbury dah manis. Senang buat…senang pulak habisnya ?

?Bahan2 :
* 1 buku butter (250 grm)
* 3 cawan tepung gandum
* 2 peket Cadbury Dairy Milk Chocolate (share pack…1 peket ada 10 bngks…1 bar coklat terbahagi 3, patahkan)

?Cara2 :
* uli butter dan tepung gandum hingga tak melekat
* tekap guna acuan tart nenas gulung
* letak coklat (beku drpd peti ais) atas doh dan tutup dgn doh lagi di atasnya, pastu potong.
* sapukan kuning telur
* bakar suhu 140°C selama 10 mnt bergantung oven masing2?

➡NOTE : Coklat tak cair bila dibakar. Coklat tu letak dlm peti ais dulu biar keras. Dah siap tekap doh baru keluarkan coklat drpd peti ais dan bubuh atas doh pastu bakar mcm biasa. Lepas tart masak coklat akan lembik sedikit tapi tak cair dan bentuk masih kekal.

kredit resepi kepada ‎Eka Zahra‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Resepi.My

Tinggalkan komen di sini

[crp]