,

Resepi Portugese Egg Tart Sekali Makan Pasti Nak Lagi

Oleh:

Resepi kali ink merupakan resepi pastri yang amat digemari. Portugese egg tart adalah sejenis tat telur yang diperbuat daripada puff pastri dan juga kastad telur. Ianya mempunyai ramai peminta dan banyak dijual namun begitu harganya tidaklah murah. Buat apa beli bila kita boleh buat sendiri kan? Malah bahan-bahan yang diperlukan seperti pastri puff juga amat mudah didapati disupermarket atau kedai membekal barangan bakeri.

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan bahan yang digunakan.

Bahan A

  • Pastri puff segera 1 pek

Bahan B ( Inti)

  • 4 bij telur gred B
  • 250ml susu segar 
  • 150ml air
  • 120g gula kastor
  • 1 tbsp tepung jagung
  • 1 tsp esen vanilla

Kaedah

  • Mula-mula campurkan telur,gula dan susu segar dalam  satu bekas.
  • Dengan whisk kacau sehingga gula larut kemudian rambah air, tepung jagung dan esen vanila.
  • Apabila semua bahan telah sebati, ketepikan sebentar.
  • Ambil sekeping pastri puff dan potong bulat, letakkan didlam acuan muffin.
  • Tekan kebawah agar sesuai dengan acuan, cucuk dasarnya dengan garfu.
  • Selepas itu tuang bancuhan custard tadi.
  • Bakar pada suhu 180c selama 40 minit.
  • Sejukkan sedikit sebelum dinikmati.
  • Siap!

Pastri puff ada dijual dalam bentuk frozen dan boleh didapati di banyak pasaraya. Ini kerana pembuatannya agak renyah dan tidak berbaloi jika anda buat untuk makan sendiri. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]