Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Shell Tart Yang Rangup Senang Buat

author name

📄 ,

 Resipi kali ini merupakan resipi yang biasanya dijadikan cheestart ataupon sugar cookies. Bahan yang digunakan di dalam resipi ini adalah seperti tepung, mentega, sedikit gula dan juga telur. Secara asasnya bahannya adalah sama seperti membuat biskut lain cuma yang membezakan ia hanyalah acuan yang digunakan. Perkongsian kali ini bagaimanapun menggunakan acuan cheesetart. Tart yang dihasilkan menggunakn resepi ini lebih rangup dan sedap dimakan begitu sahaja. Baiklah yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 ketul butter (250g)
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 3 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur (Gred A)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Pukul buttercup bersama gula kastor menggunakan senduk sehingga sebati.
  • Masukkan esen vanilla dan telur kedalamnya,  pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan secawan tepung naik sendiri bersama tiga cawan tepung gandum.
  • Uli menggunakan tangan sahaja. Uli hingga sebati kesemuanya.
  • Masukkan tepung gandum terakhir sedikit demi sedikit, uli lagi.
  • Uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
  • Masukkan doh kedalam bekas kedap udara dan simpan fridge semalaman.
  • Bulat-bulat doh dan leperkan kemudian letak dalam acuan tart yang digris.
  • Tekan doh menggunakan jari, tekan sehingga kulit tart menjadi tipis.
  • Doh yang terkeluar dari acuan tart hanya perlu tekan guna jari hingga tanggal.
  • Susun dalam loyang dan lubangkan kulit tart menggunakan garpu.
  •  Bakar pada suhu 180 celcius selama 10 hingga 20 minit.
  • Biarkan kulit tart sejuk kemudian terbalikkan acuan tart untuk keluarkannya.
  • Sejukkan lagi kemudian susun dalam balang.

Untuk penyediaan sugar cookies doh ini perlulah disejukkan dahulu sebelum dicanai dan diterap mengikut bentuk yang anda inginkan,kemudian hias dengan royal icing. Apa pun diharap anda akan cuba sendiri resipi yang rangup dan enak ini yang pasti akan digemari terutamanya selepas ia dibakar. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *