Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Hokkaido Baked Cheesetart Sebijik Macam Dikedai

author name

📄

Resepi ini merupakan sejenis dessert yang sangat popular di Korea, US dan Malaysia sendiri. Ianya dikatakan berasal dari Jepun, dimana ianya sebuah negara yang amat terkenal dengan pelbagai jenis dessert yang menarik dan sedap. Hokkaido Baked Cheesetart ini ialah sejenis tart bersaiz besar yang diisi dengan isian cream cheese. Ianya dibekukan kemudian digris dengan kuning telur dan dibakar dibahagian rak paling atas dengan suhu yang tinggi dan masa yang amat singkat. Proses inilah yang menghasilkan cheese yang cair tetapi sedap dan berlemak.

Bagi anda yang tercari-cari resepi untuk menghasilkan sendiri hokkaido cheesetart ini, berikut adalah bahan yang diperlukan yang boleh anda dapatkan dipasaraya berdekatan.

Bahan-bahan

  • Butter 250 g
  • Gula halus 100 g 
  • Telur kuning biji 
  • 1 tsp esen vanila 
  • Tepung gandum 500g

Kaedah 

  • Mula-mula pukul Mentega bersama gula halus sehingga putih. 
  • Kemudian masukkan kuning telur dan kacau rata. 
  • Masukkan pula esen vanilla dan kacau sehingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan tepung gandum dan uli sehingga menjadi gumpalan doh.
  • Ambil adunan tu uli menjadi berbola. 
  • Gunakan acuan cheesetart dan masukkan ke dalam acuan tersebut. 
  • Cucuk dasar tart dengan garfu .
  • Panaskan oven pada suhu 160c sekurang kurangnya 10 minit.
  • Bakar cheese tart yang telah di sediakan tadi selama 20 minit.
  • Kemudian keluarkan serta sejukkan sebelum digunakan.

Resepi inti cheesetart.

Bahan-bahan 

  • 250 g krim cis
  • 70 g gula halus
  • 100 g krim putar
  • 50 g susu segar 
  • 1 tsp uice lemon
  • 1 biji kuning telur

Kaedah

  • Mula-mula pukul krim putar sehingga ia kembang, ketepikan.
  • Dalam bekas lain pukul gula halus bersama cheese.
  • Tambahkan susu segar kuning telur dan jus lemon.
  • Apabila ia telah menjadi sebati kaup balik bahan ini dengan krim putar yang telah dipukul tadi.
  • Isikan didalam shell tart sehingga penuh, ulang sehingga habis semua  shelltart.
  • Bekukan cheesetart yang telah disediakan sekurang-kurangnya 30 min.
  • Kemudian sapukan kuning telur disetiap permukaan cheesetart.
  • Bakar pada suhu 170c dirak paling atas selama 7-10 minit sahaja.
  • Siap.

Bagi anda pengemar cheesetart, maka wajarlah anda mencuba sendiri resepi ini. Bukan sahaja ianya mudah untuk disediakan, malah bahan yang digunakan boleh didapati  dari pembekal barangan bakeri dengan pelbagai jenama dan kualiti yang boleh anda pilih mengikut bajet anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *