Resepi Tat Buah (Macam Dihotel)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi pencuci mulut yang mewah. Biasanya ia dihidang di hotel-hotel mewah dalam jamuan high tea. Tart buah ini menggunakan resepi shell cheesetart yang biasa kita dapati, ianya diisi dengan inti kastad dan dihiasi dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi,pic ataupun anggur hitam.

Oleh kerana harganya agak mahal, maka perkongsian kali ini akan membawa resepi tat buah yang sedap dan esklusif untuk anda cuba, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Tat Buah (Macam Dihotel)

Bahan Tart

  • 150 gram tepung halus atau tepung gandum 
  • 25 gram gula aising, diayak
  • 70 gram mentega sejuk, didadu kecil
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard

  • 1 cawan susu segar
  • ½ cawan instant custard mix

Hiasan

  • Buah starwberry segar secukupnya
  • Buah kiwi secukupnya, hiris
  • Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan 
  • Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah (pilihan) 

Kaedah 

Kulit tat

  • Mula-mula pukul butter dengan gula ising menggunakan hand whisk sahaja. Pukul hingga ia pucat.
  • Tambahkan kuning telur dsn esen vanila, kacau lagi hingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan tambahkan air sejuk 1 sudu besar.
  • Bentuk doh seperti bebola dan picit didalam acuan tart dan cucuk dasarnha dengan garfu.
  • Bakar pada suhu 25 minit pada suhu 170c

Penyediaan Kastard 

  • Satukan semua bahan kemudian perlahan-lahan gaul sehingga ia sebati.
  • Ketepikan.

Penyediaan 

  • Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. 
  • Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh.
  • Susun buah strawberry dan kiwi tadi.
  • Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart.
  • Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan.
  • Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.

Coklat digunakan sebagai lapik dalam tar sebelum diisi kastad agar tart tidak cepat rossk kerana kastad dan buah mempunyai kandungan air yang tinggi. Diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini sebagai hidangan pencuci mulut. Selamat mencuba!


Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Kek Coklat Blueberi

Resepi Inti Krim Puf

Resepi Krim Puf

Give a Comment