Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Cheesekut Tiramisu Dessert Mudah Tak Perlu Bakar Atau Kukus

author name

Resipi ini merupakan resipi pencuci mulut yang sangat ringkas dan mudah untuk disediakan. Bahan yang digunakan sangat minima seperti cream cheese, biskut lemak dan juga serbuk koko. Menariknya tiramisu cheesekut ini tak perlu dimasak atau dibakar malah ia juga tidak menggunakan gelatin. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Biskut lemak (biskut ping pong)
  • Cream cheese 250g
  • *Susu manis
  • *Susu cair
  • *Krim masakan 
  • Bahan bertanda * perlu disukat mengikut kadar manis dan tahap kecairan.
  • Serbuk koko
  • Air kopi nescafe atau nescafe gold

Kaedah

  • Mula-mula buatkan bancuhan krim dahulu.
  • Kisar semua bahan dalam pengisar kecuali biskut, serbuk koko dan air nescafe.
  • Kisar sehingga bancuhan menjadi sebati dan tiada ketulan.
  • Celup biskut dengan air kopi dan letak sekeping dalam bekas empat segi.
  • Tabur serbuk koko dan letakkan krim cheese tadi, buat selang seli biskut, koko dan krim.
  • Bahagian paling atas taburkan krim
  • Sejukkan cheesekut semalaman sebelum dinikmati.
  • Siap!

Sukatan susu manis ini perlulah anda suka sendiri kesukaan anda. Saya tak suka terlalu manis jadi saya kurangkan sukatannya. Sebelum dihidangkan pastikan anda sejukkan semalaman. Cheesekut ini walaupun menggunakan biskut sahaja tapi rasanya sedap bila biskut telah direndam semalaman dalam krim cheese. Selamat mencuba! 

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.