Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup Ayam Jagung Berkrim Cuba Sekali Mesti Nak Lagi

author name

Resepi seterusnya ini ialah resepi masakan barat yang popular di KFC bukan dinegara kita tetapi sebaliknya di Indonesia. Masakan ini amat menarik jadi saya berpedapat ia patut dicuba untuk merasai sendiri keenakannya. Ternyata masakan ini amat sedap dan sesuai terutama bagi anak-anak yang tidak makan pedas. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Daging ayam – bahagian dada
  • Crab stick – celur dengan air panas
  • Kiub pati ayam -1 ketul
  • Serbuk lada sulah
  • Sayur-sayuran
  • Lobak merah (separuh potong dadu)
  • Jagung dlm tin (buang airnya)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Celery (pilihan)

Kaedah

  • Mula-mula rebus lobak merah,bawang merah,bawang putih, halia dan celery(pilihan).
  • Masukkan ayam dada dan rebus sekali hingga ayam masak.
  • Keluarkan dada ayam dan bahan tadi biarkan sejuk sekejap.
  • Kisar bahan yang telah direbus tadi kecuali ayam ambil separuh isinya dan asingkan.
  • Tuang semula bahan yang telah dikisar tadi dan masukkan dalam periuk semula.
  • Tambah kiub pati ayam, isi ayam, crab stick,carrot yang dipotong dadu tadi dan juga jagung dalam tin.
  • Masak semua bahan tadi hingga mengelegak dan pekat.
  • Taburkan parsli dan serbuk lada sulah  jika suka.
  • Siap!  

Saya menggunakan jagung dalam tin tetapi jika anda suka anda boleh juga menggunakan jagung yang segar. Saya tambah ketam filamen tetapi jika anda tidak suka, memadailah menambah isi ayam sahaja didalam masakan ini. Sup ini sedap makan begitu sahaja tetapi jika anda suka dan boleh juga masakan roti garlic. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.