Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Tauhu Sumbat Ayam Menu Enak Buat Semua

Tauhu sumbat merupakan salah satu resipi berasas tauhu yang amat popular dikalanngan masyarakat kita ini. Tauhu adaah sejenis makan yang diperbuat daripada kacang soya dan telah disediakan menggunakan beberapa bahan dan ia juga antar amkanan yang berkhasiat. Resipi ini bagaimanapun berkongsi resipi inti untuk disumbat didalam tauhu yang telah digoreng mahupun yang telah dikukus.

Bahan yang digunakan didalam resipi kali ini menggunakan isi ayam yang dimasak bersama sayur campur, lada hitam dan beberapa bahan yang memberi rasa lebih ‘kick’. Penyediaanya tidak rumit malah agak ringkas.

Resipi ini telah dikongsi oleh Fairus Fatimah dimedia sosial dan ia telah mendapat banyak perkongsian.

Resepi Tauhu Sumbat Ayam

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Isi ayam 500gm (potong kecil – kecil)
  • Bawang putih 6 biji (ketuk)
  • Bawang merah 3 biji (potong)
  • Bawang besar 2 biji (potong dadu)
  • Bawang Holland (potong dadu)
  • Cili api (potong 2)
  • Cili merah besar (hiris halus)
  • Lada hitam tumbuk
  • Lada sulah (serbuk)
  • Garam secukup rasa
  • Kiub ayam 1 pcs
  • Tauhu lampung
  • Minyak masak
  • Telur
  • Tepung jagung

Cara – cara memasak:

  1. Tumiskan bawang putih sehingga garing.
  2. Masukkan semua bawang yang dipotong dadu.
  3. Goreng sehingga garing dan masukkan ayam yang telah dipotong kecil.
  4. Masakkan ayam dan masukkan garam, kiub ayam, lada sulah, lada hitam, cili api dan lada besar yang telah dipotong sehinggan garing.
  5. Potong tauhu lampung dan masukkan kesemua bahan yang telah dimasak.
  6. Sumbatkan kesemua bahan yang telah dimasak dan panaskan minyak lain untuk goreng.
  7. Bancuh telur dengan tepung jagung dengan sedikit air. Kacau sehingga rata.
  8. Pastikan minyak betul – betul panas.
  9. Apabila sudah panas, celupkan bahagian depan tauhu lampung dan goreng sehingga bertukar warna.
  10. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!