Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Steak Medium Rare Daging Bukan Wagyu Tapi Cair Dalam Mulut

author name

📄

 Resipi kali ini adalah penyediaan daging steak yang ringkas dan sesuai dinikmati bila-bila masa sahaja namun paling sesuai dihidang sebagai hidangan makan malam. Dalam perkongsian kali ini saya tunjukkan cara saya dapatkan medium rare. Steak medium rare ini tidak berapa digemari oleh orang kita kerana daging sedikit merah dibahagian dalam. Manakala dibahagian luarnya agak garing, namun begitu sekali anda cuba teknik ini anda pasti akan jatuh cinta [ada steak medium rare ini kerana ia benar-benar cair dalam mulut. Baiklah berikut adalah cara mendapatkan steak medium rare.

Bahan-bahan

  • Kepingan daging berat 300g dengan ketebalan 3 cm (sebaiknya seketul daging).
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam
  • 1 tbsp minyak zaitun (minyak masak pun ok)
  • 1 tbsp butter (pilih pure unsalted)

Kaedah

  • Panaskan kuali leper secukup panas (tak terlalu sejuk atau sebaliknya)
  • Letak daging tadi dan masak lebih kurang 6-10minit setiap bahagian.
  • Terbalik agar semua bahagian masak jangan terlalu lama sebab steak akan masak sepenuhnya dan menjadi keras.
  • Alih dan biarkan seketika sebelum dihiris untuk dijadikan hidangan.

Steak medium rare lebih juicy dan adalah cara paling sedap untuk menikmati daging steak. Walaupun daging agak mahal tapi adalah berbaloi untuk masak sendiri dirumah. Saya hanya membeli daging lembut bila kepasar kerana harganya jauh lebih murah berbanding wagyu. Jika anda ikut cara saya kongsikan anda pasti akan puas terutama jika anda pengemar daging. Apapun ini soal selera dan citarasa, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.