Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup Daging (Menyamankan dan Menyelerakan!)

Sup Daging merupakan salah satu hidangan yang digemari ramai terutamanya pada makan malam. Ianya juga merupakan salah satu makanan yang lebih sihat dan sesuai diamalkan sewaktu diet.

Sup daging tidak mempunyai minyak yang banyak dan ianya juga lebih kepada rebusan. Oleh itu, ianya mempunyai kalori yang lebih kurang serta supnya dapat mengenyangkan perut! Sup daging juga mudah untuk disediakan serta rasanya amat lazat.

Resepi ini dikongsikan oleh Azizah Daud dan mendapat banyak shares dan likes di Facebook. Jom kita lihat resepi sup daging!

Resepi Sup Daging

Resepi Sup Daging
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Daging dan tulang (rebus shingga empuk dan lembut)
  • 1 paket bebola daging ramly
  • 4 paket sup bunjut tulang
  • 5 helai daun pandan

Bahan tumis:

  • 1 labu bawang putih (tumbuk pecah)
  • 10 biji bawang merah kecil (mayang)
  • 6 inci halia (ketuk pecah)
  • 3 inci lengkuas (ketuk pecah)
  • 1 sudu teh lada hitam (pecah kasar)

Cara – cara memasak:

  1. Tumis rempah 4 sekawan yang ada dalam sup bunjut tulang dan masukkan bahan tumisan sehingga perang dan naik bau.
  2. Masukkan air rebusan tulang dan daging tadi.
  3. Angkat daging dan potong nipis ikut citarasa masing-masing.
  4. Masukkan bebola daging, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  5. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!