Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Sup Panas Sesuai Musim Hujan

Sup adalah sejenis masakan yang lazimnya dimasak dengan cara menumis kemudian direneh, ia memberi rasa yang nyaman dan memberansangkan terutama bagi mereka yang tidak berselera untuk makan.

Masakan sup lazimnya menggunakan bahan- bahan yang ringkas dan mempunyai khasiat yang baik seperti halia,bawang putih dan juga lada hitam. Malah rempah juga digunakan didalam resepi sup untuk memberi rasa yang lebih umph!

Koleksi kali ini akan kongsikan dengan anda 10 resepi sup yang boleh anda cuba sebagai hidangan untuk keluarga anda.

1) Resepi Sup Ayam Nenek Kam

Resepi ini telah dikongsikan oleh Jamaliah Ishak di laman Facebook. Ia adalah sejenis sup yang menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan terasa lebih ringan menjadikan ia sesuai dimakan dimusim hujan atau sejuk bagi menghangatkan badan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • Ayam dipotong 12,
  • Bawang merah diblend,
  • Bawang putih diblend,
  • Halia seinci ibu jari diblend,
  • Rempah sup ½ paket Adabi,
  • Daun sup,
  • Carrot/kentang (jika suka).
    (Kuantiti bahan 1 hingga 5 ikut anda ingin masak untuk berapa orang makan. Agak-agak sendiri ya).

Cara-cara :

  1. Mula-mula masakkan air dalam periuk hingga mendidih ikut berapa banyak ayam.
  2. Sambil tunggu air mendidih, blend bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Apabila air sudah mendidih, masukkan 4 sekawan.
  4. Kemudian masukkan bahan blend tadi.
  5. Masukkan perencah sup ayam. Masakkan kuah sekejap.
  6. Kemudian masukkan ayam. Masak sehingga ayam empuk.
  7. Jika sudah hampir masak, masukkan daun sup dan daun bawang.
  8. Siap.

2) Resepi Sup Tulang Thai

Seterusnya ialah resepi sup Thai ini yang dikongsikan oleh Zarina Mohd Dalim II dan banyak perkongsian serta likes telah diperoleh di media sosial. Iaa menggunakan bahan-bahan unik seperti daun ketumbar yang menjadi identiti masakan Thailand, bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan yang diperlukan. 

Bahan – bahan:

  • 1kg tulang dan daging lembu (rebus)
  • 1 btg saderi (hiris)
  • 3 helai daun limau purut( buang urat tgh, sbb x nak kuah jdi pahit)
  • 1 labu bawang Holland (hiris)
  • 1 btg serai (ketuk)
  • 1 btg lobak (potong ikut suka)
  • 3 biji kentang (potong)
  • 2 biji tomato (belah 4)
  • Cili padi (ikut nak ltk berapa)
  • Bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga

Bahan Tumbuk:

  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Halia
  • Lada hitam
  • Ketumbar
  • Jintan manis
  • Daun ketumbar
  • Lime juice

Cara – cara memasak:

  1. Rebus 1kg tulang dan daging sehingga empuk.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk dan masukkan 2sdb rempah sup, masak sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan tumis tadi kedalam air rebusan tulang,masukkan 3 sekawan, masukkan lobak, kentang, serai, daun saderi, cili api, bawang Holland.
  4. Biarkan mendidih sehingga kentang dan lobak empuk.
  5. Kemudian masukkan tomato, dan garam secukup rasa.
  6. Siap! Boleh tabur dgn daun ketumbar dan perahan lime juice

2) Resepi Sup Ayam Jernih

Resepi ini merupakan cara paling mudah dan amat sesuai bagi mereka yang tidak makan pedas seperti anak kecil ataupun orang tua, cara penyediaan pula amat mudah, cepat dan menggunakan bahan-bahan yang ringkas,berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan 

  • Setengah ekor ayam
  • Bawang besar ½ labu
  • Bawang putih 2 ulas 
  • Halia satu inci
  • Kentang 2 biji dipotong empat
  • Daun sup ½ ikat 
  • Daun bawang ½ ikat
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih

Kaedah

  • Bersihkan ayam dan potong kecil. Kisar bawang besar bawang putih dan halia tadi.. 
  • Bersihkan kentang dan belah empat. 
  • Tumiskan bahan-bahan kisah dan tunggu sehingga naik bau. 
  • Masukkan air satu jug kecil. Masukkan kentang segara supaya ia cepat empuk. 
  • Tunggu kuah menggelegak kemudian baru masukkan ayam yang telah diletakkan garam. Gaul hingga semuanya sebati.
  • Tambah air jika perlu. 
  • Tunggu hingga mengelegak dan kentang empuk baru masukkan serbuk lada putih,  garam dan serbuk perasa secukupnya. Tutupkan api.
  • Hidangkan bersama daun sup,daun bawang dan bawang goreng jika anda suka.
  • Siap

4) Resepi Sup Tulang Lembu

Antara yang popular terutama di musim raya haji ialah resepi berikut ini dikongsikan oleh Ayu Mashruddin di Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian. Ia merupakan sup yang  disediakan menggunakan tulang lembu yang direbus sehingga empukimasak dengan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Tulang (anggaran 2kg – 2.5kg) direbus dalam pressure cooker selama 45 minit
  • Halia
  • Bawang merah
  • Sup bunjut Adabi utk sup tulang : 2

Bahan untuk tumis darat:

  • Rempah Tumis : 1 pack
  • Bawang merah : hiris
  • Bawang putih : hiris
  • Halia : hiris
  • Cili merah : hiris
  • 1 pack kecil Rempah Sup Adabi
  • 1 pack kecil Rempah Kurma Adabi
  • Batang Daun Sup

Cara – cara memasak:

  1. Selepas 45 minit direbus, masukkan bahan tumis kedalam periuk pressure cooker.
  2. Tambahkan garam dan lada hitam.
  3. Tambahkan lobak dan kenyang dan masak sehingga empuk.
  4. Masukkan hirisan tomato.
  5. Masukkan daun sup dan daun bawang.
  6. Siap!

5) Resepi Sup Ikan Merah

Seterusnya ialah resipi yang menggunakan ikan merah sebagai bahan utamanya. Sup ini sangat mudah untuk disediakan dan bahan yang digunakan sangat minima namun rasanya sangat sedap dan sesuai bagi ibu yang didalam pantang atau untuk menghangat badan dimusim hujan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan Tumis

  • 1 batang kayu manis 
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 ulas bawang putih-hiris
  • 2 biji bawang merah-hiris

Kaedah

  • Ikan di siang,potong , cuci dan toskan.
  • Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bahan-bahan lain sehingga lumat.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan -bahan tumis.
  • Masukkan bahan-bahan  tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan air, biarkan mendidih.
  • Kemudian masukkan ikan dan kacau rata.
  • Tambah air lagi jika perlu.
  • Masukkan garam dan perasakan.
  • Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat. 
  • Taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang. 
  • Sedia utk di hidangkan.

6) Resepi Sup Cendawan Dan Garlic Bread

Resipi berikut telah dikongsikan oleh Izrin Hariri dan ramai telah kongsikan resepi ini di Facebook. Ia adalah sup yang sangat popular di restoran makanan segera Pizza Hut. Biasanya ianya dihidang bersama roti bawang putih dan dicicah bersama, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan di dalam masakan ini.

Bahan – bahan:

Sup Cendawan

  • 5 biji cendawan butang (fresh) saya potong kecil-kecil
  • Separuh bawang holland (dadu kecil), 
  • 2 ulas bawang putih (minced/potong halus), 
  • Butter 2 sudu (untuk menumis), 
  • Susu segar,
  • Tepung jagung (dibancuh air sejuk)
  • Garam dan daun parsley flakes (pilihan)
  • Roti sekeping
  • Butter

Garlic Bread

  • Butter suhu bilik,
  • Parsley flakes
  • Minced garlic (bawang putih hancur)
  • Roti

Langkah – langkah:

Sup Cendawan

  1. Tumis bawang holland sehingga naik bau dengan butter.
  2. Masukkan cendawan dan tumis sehingga layu.
  3. Masukkan bawang putih dan tumis semua. 
  4. Tuang susu segar ke dalam pot dan kacau. (Sukatan susu adalah bergantung pada kuantiti yang anda inginkan)
  5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dalam sup dan tengok tekstur sup kalau cair, tambah lagi air bancuhan tepung jagung sampai likat.
  6. Perasa dengan garam. Tunggu sehingga sup mendidih untuk butter betul-betul bercampur dengan sup.

Croutons:

  1. Sapu butter atas lapisan roti. 
  2. Potong kecik-kecik
  3. Sapu lapisan tray dengan butter 
  4. Toast dalam oven (150 celcius – 15 min) atau sehingga warna keperangan.
  5. *croutons boleh juga dimakan sengan salad. Kalau nak letak seasoning sebelum toast pun boleh (garlic powder ke atau apa – apa)

Garlic Bread

  • Campur butter dengan bawang putih yang telah dihancur.
  • Sapu atas roti. 
  • Bakar dalam oven guna suhu di atas dan bawah

7) Resepi Sup Sayur Thailand Pedas

Seterusnya ialah resipi yang menggunakan sayur sebagai bahan utamanya dan ianya sangat sedap dinikmati terutamanya ketika musim sejuk atau musim hujan. Resepi ini diolah dari resepi sup pedas Thailand kerana ia memberi rasa menarik yang lain dari lain tetapi sedap, bagi anda yang ingin mencuba resipi ini berikut adalah bahan-bahan nya.

Bahan-bahan

  • 5 ekor udang saiz besar
  • 1 biji tomato (belah lapan)
  • 5 jantung putik jagung (potong serong)
  • 1 batang lobak merah (potong sederhana nipis)
  • Sedikit bunga kubis (potong kecil)
  • Segenggam cendawan tiram (buang batang dan siat)
  • 1 labu bawang besar (potong berbaji)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • 5 biji cili padi (belah dua)
  • 2 ulas bawang merah (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 1 kiub ayam
  • 2 biji limau kasturi
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Garam , serbuk perasa dan gula secukup rasa
  • Sedikit daun ketumbar
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Kaedah

  • Panaskan minyak dalam kuali. 
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
  • Masukkan air, kiub ayam dan udang, biarkan mendidih. 
  • Masukkan pula lobak merah, putik jagung dan bawang besar. 
  • Biarkan mendidih lagi, masukkan cendawan tiram, bunga kubis, cili merah, tomato,sos ikan, garam, gula dan serbuk perasa. 
  • Biarkan masak.
  • Masukkan pula daun ketumbar dan biar layu, akhir sekali perahkan limau kasturi ke dalamnya. Sedia untuk dihidang.

8) Resepi Sup Bebola Ikan Tenggiri

Resepi berikut telah dikongsikan oleh Amelia Tamby Hussin dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Resepi ini sangat menarik kerana ia menggunakan fish ball ataupun berbola ikan yang diperbuat dari ikan tenggiri dan sup ini sangat popular di sebelah utara negara kita. Ikan yang digunakan mestilah ikan segar dan ini menjaminkan rasanya yang lebih sedap,berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan – bahan:

  • Seekor ikan tenggiri ( minta penjual ikan buat fillet supaya senang nak korek isinya pakai sudu)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam (dibancuh dengan air )
  • Lada sulah
  • Halia muda
  • Bawang putih
  • Tauhu
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Sebiji tomato
  • Garam
  • Serbuk lada sulah
  • Perasa

Cara – cara memasak:

  1. Korekkan isi ikan dan masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Tulang ikan dan kepalanya dibasuh bersih dan direbus.
  3. Isi ikan yang telah dikorek tadi dicincang halus, kemudian dimasukkan ke dalam mangkuk.
  4. Campurkan tepung jagung, air garam, dan isi ikan dan lada sulah. Letak sedikit air, sehingga tidak melekat di tangan.
  5. Sapukan tangan dengan sedikit minyak, dan bulat bulatkan isi ikan itu tadi. Letak tepi dahulu.
  6. Tulang ikan dan kepala ikan tadi boleh dikeluarkan.
  7. Ambik kuali lain, hiris halia muda dan bawang putih, tumiskan.
  8. Setelah wangi masukkan ke dalam kuah rebusan air ikan tadi.
  9. Masukkan bebola ikan, dan jika ada tauhu, boleh sumbatkan bebola ikan itu juga.
  10. Masukkan tauhu, daun sup daun bawang dan tomato biji.
  11. Jangan lupa perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.

9) Resepi Sup Kambing Mamak

Sup kambing merupakan satu lagi sup yang sangat popular terutamanya di kedai mamak. Ianya sedap dimakan bersama roti ataupun nasi panas dan telur dadar, namun begitu pembuatannya adalah sedikit rumit namun bagi anda yang ingin mencuba resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 700 gm daging kambing ( saya gunakan kambing kiub beku)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji kentang saiz sederhana ( kupas belah 4)
  • 1 pokok daun sup, kerat kasar
  • 1/2 camca besar lada hitam, tumbuk halus
  • 1 1/2 camca besar rempah sup Adabi*
  • 1 camca besar penuh rempah kurma Adab + 1/2 cawan air (jadikan pes)
  • 5 biji bawang merah kecil. hiris
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan

Bahan kisar

  • 7 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Kaedah 

  • Gaul daging kambing dengan 1 camca besar tepung gandum hingga rata.
  •  Perap 15 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama rempah tumis, lada hitam tumbuk, daun sup yang dikerat kasar dan air secukupnya. 
  • Kacau dan masak hingga mendidih.
  • Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan). 
  • Goreng bawang merah hiris hingga perang, pastikan jangan hangus.
  • Kemudian masukkan bahan2 kisar halus dan kacau rata. 
  • Tambah pes rempah, kacau dan masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  • Kemudian masukkan rempah yang ditumis tadi ke dalam periuk berisi daging kambing. 
  • Kacau rata dan terus merebus hingga daging kambing empuk. 
  • Masukkan kentang dan kacau dan jika perlu tambah sedikit air panas. 
  • Masak hingga kentang empuk. 
  • Perasakan dengan garam secukupnya.
  •  Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  • Cedok sup kambing ala mamak ke dalam mangkuk sesuai, tabur hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. 
  • Hidangkan bersama roti atau nasi. 

10) Resepi Sup Tulang Ayam Berempah

Resepi terakhir didalam koleksi ini amat ringkas dan sangat ekonomi,namun masih lazat dan sesuai dihidangkan untuk keluarga anda.Terutama bagi peminat tulang ayam manakala penyediaannya juga ringkas dan menggunakan bahan yang mudah ditemui, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 ekor rangka ayam
  • 2 biji kentang dibelah 4 (pilihan)

Bahan-bahan kisar

  • ½ labu bawang merah
  • 2 ulas bawang putih 
  • ½ inci halia

Bahan-bahan tumis

  • ½ labu bawang besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • ½ inci halia
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji ketumbar
  • 1 inci kayu kulit manis

Bahan-bahan rempah

  • 2 sudu besar rempah sup adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma 
  • (Bancuh kedua bahan dengan sedikit air hingga jadi pes)

Kaedah 

  • Mula-mula bersihkan ayam dan potong sedikit kecil.
  • Kemudian tumiskan bahan-bahan tumis.
  • Apabila ia telah naik bau, masukkan pula bahan-bahan kisar.
  • Biarkan sehingga ia naik bau, baru masukkan pes rempah tadi.
  • Tunggu ia naik minyak, kemudian masukkan tulang ayam bersama kentang.
  • Biarkan semua bahan menjadi sebati, baru tambahkan air secukulnya.
  • Masak sehingga kentang empuk dan tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Kemudian hiasi dengan daun sup dan taburan bawang goreng jika anda suka, tanpa hiasan sup ini masih juga sedap.

Itulah dia 10 resipi sup yang sesuai untuk menghangatkan badan terutamanya ketika musim hujan. Ia juga sesuai bagi ibu yang baru melahirkan seperti sup ikan merah yang sangat berkhasiat. Juga bagi peminat sayur anda boleh cuba sup sayur pedas yang sangat sedap. Diharap anda akan mencuba resepi didalam koleksi ini dan jangan lupa kongsikan ia. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi yang boleh menjadi inpirasa dan memberi idea kepada anda. Diharap anda jangan lupa mencuba dan like dan share juga agar memberi manafaat pada orang lain.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!