Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Masakan Inti Dan Berinti Yang Pasti Sedap Sekali

author name

Koleksi kali ini menghimpunkan 10 resepi masakan inti dan berinti. Inti merupakan makanan yang selalu ada di dalam kulit pastri, kulit karipap, roti mahupun tart. Sekiranya anda tertanya tanya teknik apa yang boleh digunakan untuk membuatnya, koleksi ini amat sesuai untuk anda rujuk. Makanan yang berasakan inti kebanyakannya dijual di bakeri dengan harga yang tidak terlalu murah atau mahal, tapi lebih bagus jika anda mencubanya sendiri di rumah.Jom kita lihat resepi-resepinya.

1) Resepi Tauhu Berinti Bihun

Resepi yang pertama ialah, tauhu inti bihun. Mungkin anda jarang dengar nama resepi ini, namun ia mempunyai rasa yang amat sedap. Sekiranya anda masih belum pernah merasainya, cubalah resepi ini dan hidangkannya kepada keluarga dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahannya

  • 12 keping tahu dipotong dua dan digoerng hingga agak garing dan dibelah dua
  • 150 gram bihun direndam hingga lembut dan toskan
  • 1 batang daun bawang dicincang halus
  • 2 tbs udang kering direndam dan tumbuk halus

Bahan lain

  • 1 labu bawang besar dicincang
  • 3 ulas bawang merah kecil potong halus
  • 3 ulas bawang putih cincang halus
  • 1/2tsp serbuk lada hitam
  • 1 kiub knor pati ayam

Kaedah

  • Tumis bawang besar,bawang merah,bawang putih hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan udang kering ,lada hitam ,kiub knor hingga rata.
  • Akhir sekali campurkan daun bawang dan bihun.

Bahan sadur

  • 100 gram tepung beras
  • 50 gram tepung gandum
  • 3 ulas bawang putih tumbuk halus
  • 1 sdt ketumbar tumbuk halus
  • 3 butir buah keras tumbuk halus
  • 1/2tsp garam
  • 1/2tsp serbuk kunyit

Kaedah

  • Belah tauhu dan isikan dengan bahan bihun tadi.
  • Campur bahan sadur dengan tambahkan air hingga agak cair. 
  • Panaskan minyak,masukan tauhu kedalam bahan sadur dan goreng hingga kekuningan.
  • Tos sebelum dihidangkan bersama cili api.

2) Resepi Donat Inti Kentang

Resepi seterusnya ialah donat inti kentang dan bahan yang digunakan untuk membuat resepi ini juga amat ringkas.Bagi anda yang ingin mencuba sendiri donat berinti kentang bolehlah kita lihat resepi dan bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini.

Bahan-bahan Donut

A

  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu manis
  • Sepeket kecil yis (11g) (pastikan yang masih baru)

B

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh bread improver ( bread softner pun boleh)
  • 2 sudu besar mentega

Kaedah

  • Campurkan bahan-bahan A dan biarkan hingga ia berbuih dan kembang.
  • Satukan bahan-bahan B dalam mangkuk lain yang agak besar,kacau agar ia sekata.
  • Tambahkan adunan A kedalam B sedikit demi sedikit.
  • Uli seketika agar semua bahan rata. Kemudian biarkan doh berehat selama sejam.
  • Tutup dengan cling wrap atau kain lembab.
  • Apabila doh telah naik dua kali ganda, buangkan gas ia dengan cara  menumbuk ia dan uli sedikit dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat.
  • Bahagikan adunan kepada 40 g setiap satu doh. Atau 60g untuk saiz besar.
  • Bulatkan setiap satu doh dan leperkan kemudian isi inti kentang dan bulatkan semula.
  • Lapik setiap satu dengan kertas minyak yang dipotong besar sedikit dari saiz doh dan jarakkan antara satu sama lain.
  • Rehatkan lagi 20 minit atau  hingga naik sekali ganda jangan lupa tutup dengan kain lembab.
  • Apabila doh telah kembang ia sedia untuk digoreng.
  • Goreng dengan minyak yang banyak dan sederhana panas.
  • Tos minyak sebelum dihidang.

Bahan-bahan inti

A

  • Kentang 3 biji saiz sederhana (kupas dan potong dadu)
  • Bahan-bahan tumbuk
  • Bawang besar ½ labu
  • Bawang putih 1 ulas
  • Ikan bilis 1 sudu kecil

B

  • 1 sudu besar rempah daging
  • 1 sudu besar serbuk cili (jika suka pedas)
  • Garam dan gula secukup rasa.

Kaedah

  • Tumbuk bahan-baha A hingga lumat.
  • Tumiskan ia, tunggu naik bau sambil itu kacau agar ia tidak hangit
  • Kemudian taburkan bahan-bahan B. Kacau rata.
  • Masukkan sesudu dua air. Kacau agar semuanya sebati.
  • Kemudian masukkan kentang gaul agar semua menjadi mesra.
  • Tambahkan secawan air, masak hingga kentang empuk.
  • Jika air kering tambahkan air lagi. Masak hingga kentang benar-benar empuk.
  • Apabila kentang telah empuk,sebelum air kering. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul semua agar sebati. Tutup api. Biarkan sejuk.

3 Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah

Resepi ketiga ialah resepi pau goreng inti kacang merah. Resepi ini amat sesuai kepada penggemar kacang merah. Ia banyak dijual di bakeri namun sebenarnya ia juga boleh disediakan dirumah anda sendiri. Jom kita lihat bahan yang perlu digunakan.

Bahan – bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 paket instant yis
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh pelembut roti (soft pro)
  • 1 sudu besar majerin.
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu kfc ovelet
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur A
  • Air 240-250 ml/ 1 cawan air suam tuang sikit demi sedikit
  • Kacang merah

Cara – cara memasak:

  1. Ayak tepung gandum, baking powder, pelembut roti.
  2. Kemudian, masukkan shortening, majerin dan ovelet gaul menjadi serbuk roti.
  3. Telur dipukul sedikit.
  4. Larutkan mauripan ,gula. susu ke dalam air.Masuk telur dan air, uli sehingga adunan licin.
  5. Perap 1/2 jam.
  6. Apabila doh naik tumbuk untuk buang angin. Sekiranya melekit, ambil sedikit minyak sapu pada tangan.
  7. Timbang doh 25 gram dan bulatkan dan licin sampai habis.
  8. Siap bulat, leperkan doh dan isi inti kacang yang sudah dibulatkan seberat 9 gram.
  9. Biar doh naik gebu dalam 10 minit baru goreng dalam minyak yang penuh. Api sederhana.
  10. Untuk dapatkan ring, goreng dengan sekali balikkan kawalan api penting untuk dapatkan hasil yang cantik.
  11. Pastikan dah sejuk betul baru simpan dalam bekas kedap udara.

4) Resepi Inti Cheesetart Buncit

Resepi seterusnya ialah inti cheesetart yang biasanya digunakan didalam pembuatan cheseetart yang amat digemari kerana keenakannya. Ianya juga sesuai digunakan sebagai inti kek yang boleh anda cuba sendiri, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula ising
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar krim putar
  • 1 biji telur dipukul dan amik anggaran 2 sudu besar sahaja.

Kaedah

  • Mula-mula keluarkan cheese dari peti ais, masukkan kedalam mesin pengadun.
  • Biar seketika kemudian adun bersama butter dengan mesin hingga lembut.
  • Kemudian tambahkan gula ising dan pukul perlahan.
  • Hentikan mesin apabila gula telah sebati dan gaulkan dengan spatula.
  • Masukkan krim putar dan telur, gaul sebati.
  • Adunan sepatutnya lembut tetapi tidak cair.
  • Paip penuh tart yang telah diisi dengan inti blueberry atau strawberi.
  • Paipkan ia secara menegak 90 darjah.
  • Bakar pada suhu paling rendah selama 10 minit atau sehingga cheese kering dan boleh disentuh.

5) Resepi Steam Tofu Berinti

Berikut adalah resepi tofu kukus dengan inti yang biasanya dimakan bersama nasi ayam. Namun begitu ia juga sesuai dijadikan hidangan harian kerana ia amat sihat dan sedap! Bahan-bahan yang diperlukan ialah seperti berikut.

Bahan-bahan

  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula ising
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar krim putar
  • 1 biji telur dipukul dan amik anggaran 2 sudu besar sahaja.

Kaedah

  • Mula-mula keluarkan cheese dari peti ais, masukkan kedalam mesin pengadun.
  • Biar seketika kemudian adun bersama butter dengan mesin hingga lembut.
  • Kemudian tambahkan gula ising dan pukul perlahan.
  • Hentikan mesin apabila gula telah sebati dan gaulkan dengan spatula.
  • Masukkan krim putar dan telur, gaul sebati.
  • Adunan sepatutnya lembut tetapi tidak cair.
  • Paip penuh tart yang telah diisi dengan inti blueberry atau strawberi.
  • Paipkan ia secara menegak 90 darjah.
  • Bakar pada suhu paling rendah selama 10 minit atau sehingga cheese kering dan boleh disentuh.

6) Resepi Inti Kentang Mudah

Resepi berikut ini biasanya digunakan sebagai inti karipap namun begitu selain dari itu ia juga boleh dijadikan inti samosa atau digulung bersama roti jala terpulang lah pada daya kreativiti anda dalam penyediaan makanan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan inti

  • Kentang 3 biji saiz sederhana (kupas dan potong dadu)
  • Bahan-bahan tumbuk
  • Bawang besar ½ labu
  • Bawang putih 1 ulas
  • Ikan bilis 1 sudu kecil

Bahan-bahan rempah

  • 1 sudu besar rempah daging
  • 1 sudu besar serbuk cili (jika suka pedas)
  • Garam dan gula secukup rasa.

Kaedah

  • Tumbuk bahan-bahan tumbuk hingga lumat.
  • Tumiskan ia, tunggu naik bau sambil itu kacau agar ia tidak hangit
  • Kemudian taburkan bahan-bahan rempah. Kacau rata.
  • Masukkan sesudu dua air. Kacau agar semuanya sebati.
  • Kemudian masukkan kentang gaul agar semua menjadi mesra.
  • Tambahkan secawan air, masak hingga kentang empuk.
  • Jika air kering tambahkan air lagi. Masak hingga kentang benar-benar empuk.
  • Apabila kentang telah empuk,sebelum air kering. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul semua agar sebati. Tutup api. Biarkan sejuk.

7) Resepi Inti Krim Puff

Resepi ini biasanya digunakan sebagai inti krim puf, krimnya gebu dan  rasanya tidak muak, ia juga sesuai dijadikan inti kek atau sandwich bagi anda yang ingin mencari kelainan. Berikut adalah cara-cara menyediakan ia.

Bahan A

  • Instant custard mix 100g
  • Susu segar 200g

Bahan  B

  • Fresh cream vivo 300g

Kaedah

  • Campurkan kedua-dua bahan A,tunggu sebentar sehingga ia sebati. Kacau rata.
  • Pukul fresh cream sehingga krim menjadi gebu dan kaku (‘stiff’)
  • Dengan menggunakan spatula, kaup balik kedua-dua bahan A dan B hingga menjadi sebati. Boleh tambah esen vanilla jika suka.

8) Resepi Inti Sardin

Resepi seterusnya ini lazimnya dijadikan sebagai inti sandwcih namun begitu ia juga boleh dijadikan sebagai kuah pencicah untuk dimakan bersama lempeng ataupun dijadikan inti roti jala berinti. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • 1 tin kecil sardin

Bahan-bahan (Kisar)

  • Cili kisar 2 senduk
  • Bawang besar ½ labu
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia ½ inci

Bahan-bahan (Hiris)

  • Bawang besar 1 labu
  • 2 ulas bawang putih
  • Segenggam daun kari ( pilihan)

Bahan lain

  • ½ cawan air asam jawa/asam keping  sekeping.
  • 1 sudu kecil garam
  • Secubit serbuk perasa
  • 1 sudu makan gula.

Kaedah

  • Tumiskan bahan-bahan hiris sehingga semuanya layu.
  • Kemudian tumis bahan-bahan kisar sehingga cili garing atau sehingga naik minyak. 
  • Masukkan isi sardin bersama sosnya.
  • Masukkan air asam pula,sambil itu, hancurkan isi ikan sardin itu.
  • Tunggu sehingga kuah pekat.
  • Masukkan garam 1 sudu teh, sedikit serbuk perisa dan sesudu makan gula.

9) Resepi Kuih Chang Inti Ayam

Berikut adalah resepi masakan cina yang telah dikongsi oleh . Masakan seperti ini agak jarang dijual dikalangan orang melayu, namun begitu bagi anda yang mencuba sendiri berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • Isi ayam cincang,
  • Beras pulut,
  • Kacang putih,
  • Cendawan shitake,
  • Buah berangan,
  • Daun buloh kering,
  • Lada hitam (optional),
  • Garam,
  • Gula,
  • Bawang merah,
  • Lada hitam,
  • Kicap pekat,
  • Kicap cair,
  • Bawang putih,
  • Air bunga telang,
  • Udang kering.

Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau wangi.
  2. Kemudian masukkan potongan daging ayam, kicap pekat, kicap cair dan lada hitam kacau hingga rata. Bila sudah siap, ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah dan bawang putih lalu ditumis sampai naik bau. Kemudian baru digaul dengan udang kering, cendawan shitake dan buah berangan sehingga garing dan ianya harus ditumis secara berasingan. Bila sudah siap tumis ketepikan.
  4. Daun buloh direndam semalaman. Esoknya toskan air rendam daun buloh serta rebus selama 1 jam sampai daun lembut dan mudah dilipat. Bila daun sudah sejuk, toskan air kemudian angkat daun dan lap daun sehingga kering sebelum kita gunakan untuk membalut beras pulut berisi inti ayam.
  5. Buah berangan direndam semalaman, cuci serta rebus sampai lembut dan ketepikan dalam satu bekas sebelum ditumiskan dengan bawang putih.
  6. Kacang putih juga perlu dicuci dengan bersih serta direndam semalaman dan keesokannya ditoskan air rendaman itu lalu digaulkan bersama beras pulut semasa menumis beras pulut di dalam kuali.
  7. Rendam cendawan shitake sehingga kembang dan belah dua atau jika besar boleh belah empat. Cendawan sebelum kita rendam harus dicuci dengan bersih.
  8. Udang kering dicuci bersih macam biasa lalu direndam semalaman.
  9. Beras pulut dicuci bersih dan direndam semalaman. Bahagikan beras pulut kepada dua bahagian iaitu satu mangkuk saiz sederhana besar untuk beras pulut yang kita rendam dalam air bunga telang, manakala satu lagi besen kita rendam beras pulut dalam air yang biasa.
  10. Kemudian tumbuk bawang putih, panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan beras pulut rendaman air biasa dan gaul rata diikuti memasukkan kicap pekat, kicap cair, lada hitam, gula dan garam sedikit. Ia perlu dimasak/tumis hingga semua bahan-bahan meresapi pada beras pulut tersebut. Jangan lupa masukkan kacang putih dalam beras pulut masa tumis beras tersebut. Bila sudah siap ketepikan dulu.
  11. Bila beras pulut sudah siap, ambil daun buluh, lipat bentuk kon segitiga, isi lapisan pulut biru (beras pulut rendaman telang), isi pula beras pulut tumis, kendian letak inti ayam dan bahan lain. Kemudian dilipat dan diikat dengan tali jerami sebelum kita rebus selama dua jam.

10) Resepi Blueberry Filling

Resepi terakhir didalam koleksi kali ini ialah cara menyediakan inti blueberi yang biasanya digunakan sebagai inti kek ataupun cheesetart. Masakan ini menggunakan buah blueberi yang segar dan sesuai bagi anda yang mengamal permakanan sihat kerana anda boleh kawal penggunaan gulanya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Buah blueberry segar sepeket kecil
  • Dua cawan gula
  • 500 ml air
  • 2 sudu besar blueberry emulco
  • 4 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan satu gelas air.

Kaedah

  • Mula-mula masukkan blueberry di dalam periuk.
  •  Masukkan gula yang telah di sukat. 
  • Masukkan juga air dan mulai masak dengan api yang keci
  • Kemudian masukkan blueberry elmelco
  • Masak sehingga mendidih 
  • Apabila telah mendidih masukkan air bancuhan tepung jagung tadi
  • Masak sehingga semuanya sebati.
  • Simpan dalam bekas kedap udara dan kemudian letak dalam petiais sebelum digunakan.

Itulah dia 10 resepi yang telah dikumpulkan didalam koleksi kali ini, masakan berinti ini mempunyai pengemarnya yang tersendiri. Resepi-resepi yang dikongsikan ini boleh diolah mengikut kreativiti dan citarasa anda. Ia boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan manis atau pun pedas. Malah ada sesetengah resepi didalam ini yang juga boleh digunakan untuk dijual seperti inti cream puff yang juga boleh digunakan didalam inti kek fruit flan. Diharap anda akan kongsikan koleksi ini agar dapat dimanfaatkan orang lain juga ye. Selamat mencuba!

Koleksi Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi yang boleh menjadi inpirasa dan memberi idea kepada anda. Diharap anda jangan lupa mencuba dan like dan share juga agar memberi manafaat pada orang lain.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *