Koleksi 10 Resepi Masakan Berasaskan Tempe Ringkas Berkhasiat Dan Sedap 1

Koleksi 10 Resepi Masakan Berasaskan Tempe Ringkas Berkhasiat Dan Sedap

Tempe merupakan sejenis makanan prebiotik yang mengandungi bakteria yang sihat bagi tubuh badan kita. Ianya diperbuat daripada kacang soya dan dipercayai mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan. Tempe merupakan makanan yang diamalkan oleh orang Jawa yang datang ke tanah Melayu suatu masa dahulu.

Tempe biasanya digoreng dan dimasak dengan cili yang dikisar. Namun begitu ia juga sedap dimasak dengan kuah santan bersama sayur-sayuran.Malah ada banyak lagi cara untuk masak tempe yang sangat sedap ini seperti koleksi kali ini yang  menghimpunkan 10 resepi masakan yang mengandungi tempe dan diolah dengan pelbagai kaedah bagi memenuhi citarasa dan selera peminatnya.

1)Resepi Lemak Putih Tempe 

Resepi ini menggunakan bahan-bahan yang amat mudah dan cara penyediaannya juga amat ringkas. Paling sedap dimakan bersama nasi panas,ikan masin dan sambal belacan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 keping tempe, dipotong
  • 1 cekak soo hoon, kerat dan rendam
  • ½ biji kobis kecil
  • Sayur sawi manis
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 biji cili merah, dihiris
  • 1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
  • 1200 ml santan cair
  • 500 ml pati santan
  • Garam dan serbuk perasa secukup

Kaedah

  • Dalam periuk, satukan bawang besar, bawang putih, udang kering, tempe dan santan cair. Jerang atas dapur dan biar mendidih.
  • Tambah sayur-sayuran dan biarkan ia lembut dan empuk. 
  • Masukkan suhun dan biar mendidih.
  • Tuang pati santan dan masukkan hirisan cili, secubit gula dan garam secukup rasa.
  • Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala.
  • Siap!

2)Resepi Tempe Petai Berlada

Resepi seterusnya ini mengabungkan tempe bersama petai, Ianya masakan yang memberi kepuasan terutama bagi peminat petai dan tempe. Tempe dan bahan lain digoreng garing sebelum digaul dengan cili api yang dikisar, berikut adalah cara-cara menyediakan ia.

Bahan-bahan

  • 2 keping tempe (hiris mengikut ketebalan anda suka)
  • Segenggam ikan bilis siap kopek
  • Kentang (pilihan)
  • Segenggam isi petai (belah dua)
  • Segenggam cili api
  • 1 ulas bawang besar saiz kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam dan gula secukup rasa

Kaedah

  • Mula-mula goreng tempe, ikan bilis,isi petai dan kentang hingga garing.
  • Kemudian kisar cili api bersama bawang besar dan bawang putih.
  • Kurangkan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehungga naik minyak
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa kacau dan tutup api.
  • Apabila semua bahan telah sebati, masukkan tempe, ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi.
  • Siap! 

3) Resepi Sambal Goreng Tempe Garing

Berikut adalah resepi sambal goreng tempe yang dikongsikan oleh Siti Noraisyah dan telah mendapat jumlah perkongsian yang tinggi di media sosial pasti sangat memikat selera. Ianya sangat sesuai dimakan bersama nasi panas atau nasi impit, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Kentang 8 biji
  • Tauhu 8 keping
  • Tempe 8 keping
  • Bawang besar 6 biji (hiris)
  • Bawang merah 10 biji (hiris)
  • Bawang putih 10-15 biji (hiris)
  • Cili merah 6 biji (hiris)
  • Cili hijau 6 biji (hiris)
  • Halia 1-2 inci (cincang)
  • Suhun
  • Tauhu kering
  • Ikan bilis
  • Garam
  • Gula
  • Minyak masak
  • Air asam jawa
  • Kicap

Cara – cara memasak:

  1. Potong dadu kentang dan basuh bersih, tauhu, tempe, kemudian goreng satu-satu, toskan. Bermula dengan kentang, tauhu dan tempe. Gunakan minyak yang sama je.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, kalau banyak sangat kurangkan sikit, terus tumis bahan-bahan hiris, halia dan ikan bilis sampai layu. Kalau ada udang boleh masukkan udang masa ni.
  3. Kemudian, masukkan kentang, tauhu dan tempe yang dah digoreng tadi. Masukkan juga air asam jawa, kicap, garam dan gula. Gaul rata.
  4. Masukkan pula suhun dan tauhu kering yang dah direndam dan dipotong kecil. Rasa dulu. Agak-agak dah cukup rasa semua. bolehlah matikan api dan dihidangkan

4) Resepi Sambal Tempe

Seterusnya resepi yang sangat sesuai bagi peminat masakan bersambal, ianya telah dikongsi oleh Asiah Jaafar sebagai pemilik resepi yang berkongsi di laman Facebook. Bahan-bahan yang digunakan juga amat mudah didapati, penggunaan tempe didalam sambal ini ternyata memberi rasa yang sangat sedap.

Bahan-bahan :

  • Tempe dipotong nipis dan digoreng garing. Ketepikan.
  • Ikan bilis digoreng garing. Ketepikan.
  • Cili kering blend 4 sudu besar.
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus.
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat.
  • 3 sudu besar gula dan 1 sudu besar gula merah.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih sampai kuning, masukan cili kering. Tumis sampai garing.
  2. Kemudian masukkan bawang besar, sedikit garam, gula dan gula merah.
  3. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap.
  4. Tutup api. Biarkan sambal betul-betul sejuk.
  5. Akhir sekali gaulkan ikan bilis dan tempe tadi dengan sambal hingga rata.
  6. Siap. Selamat mencuba .

5) Resepi Tempe Ikan Bilis Berlada

Resepi seterusnya ini sangat sesuai dijadikan sebagai bekal, malah ia juga boleh disiapkan lebih awal dan dibotolkan agar mudah untuk dinikmati bila-bila masa dimana sahaja. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 keping tempe (hiris mengikut ketebalan anda suka)
  • Segenggam ikan bilis siap kopek
  • Kentang (pilihan)
  • Segenggam cili api
  • 1 ulas bawang besar saiz kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam dan gula secukup rasa

Kaedah

  • Mula-mula goreng tempe, ikan bilis dan kentang hingga garing.
  • Kemudian kisar cili api bersama bawang besar dan bawang putih.
  • Kurangkan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehungga naik minyak
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa kacau dan tutup api.
  • Apabila semua bahan telah sebati, masukkan tempe, ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi.
  • Siap! 

6) Resepi Sambal Goreng Jawa Bersantan

Satu lagi resepi enak yang menggunakan tempe dalam masakannya dimana ianya amat popular dihidangkan bersama nasi ambeng iaitu sejenis makanan popular orang Jawa, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

7) Resepi Sambal Goreng Jawa Sedap

Sama tapi tak serupa, resepi yang telah dikongsi oleh Sue Fami ini telah mendapat banyak shares di Facebook. Mari kita lihat bahan yang digunakan didalam resepi ini kerana ia sedikit berbeza berbanding sambal goreng sebelum ini namun Ianya tidak kurang sedapnya. Tambahan pula ia apabila ia ditambah dengan santan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • Udang (Buang Kulit)
  • Kacang Panjang (Hiris)
  • Tempe (Potong Dadu)
  • Tauhu (Potong Dadu)
  • Cili Merah (Hiris)

Bahan B:

  • Bawang Besar
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai

Bahan C:

  • Santan
  • Asam Jawa
  • Garam
  • Gula

Cara – cara memasak:

  1. Semua bahan – bahan A diayur sekejap dalam minyak (secara asing – asing) – Angkat dan ketepikan.
  2. Kisarkan bahan – bahan B. Masak sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan A. Gaul Sebati.
  4. Masukkan bahan C dan gaul sebati.

8) Resepi Tempe Goreng Snek Sihat

Seterusnya ialah cara mudah menyediakan snek sihat menggunakan tempe dan amat membantu terutama bagi mereka yang sedang berdiet. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Tempe (potong dadu)
  • Garam (pilihan)
  • Serbuk kunyit (pilihan)
  • Minyak masak.

Kaedah

  • Potong dadu tempe dan goreng dengan minyak banyak yang panas. 
  • Alih apabila telah garing dan tos sebelum dihidangkan.
  • Sesuai bagi ketika panas bila-bila masa sahaja.

9) Resepi Homemade Tempe

Seterusnya ialah resepi membuat tempe homemade, tempe juga sebenarnya boleh disediakan sendiri, walaupun Ianya tidak sukar namun ia juga memerlukan cara yang betul untuk menghasilkan tempe yang baik dan sedap. Pun begitu anda boleh beli tempe juga kerana ia amat mudah ditemui dinegara kita ini, berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 200gm kacang soya
  • 2 sudu makan cuka
  • 3/4 sudu teh ibu / ragi tempe – boleh dibeli di kedai @ beli menerusi pengusaha tempe

Kaedah

  • Rendam kacang soya sehingga kembang dan kemudian rebus sehingga mendidih. Sejukkan dan ramas-ramas kacang soya bagi menanggalkan kulitnya.
  • Rebus kacang soya sekali lagi hingga mendidih dan tambahkan cuka dan padamkan api.
  • Tos dan keringkan dan biar sejuk.
  • Apabila kacang soya telah kering, taburkan ibu tempe dan kacau rata.
  • Masukkan kacang soya yang telah digaul tadi ke dalam plastik yang telah dicucuk dengan jarum ( dilubangkan).
  • Simpan bungkusan tempe di dalam bilik bersuhu rendah lebih kurang 30C selama dua hari sehingga cendawan tempe tumbuh sepenuhnya.
  • Sedia untuk digoreng atau dimasak

10) Resepi Pucuk Ubi Lemak Putih Dengan Tempe

Resepi terakhir didalam resepi ini merupakan sejenis masakan kampung yang digabungkan dengan pucuk ubi didalam lemak putih, paling sedap dinikmati bersama sambal belacan dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Secekak daun pucuk ubi
  • 2 keping tempe
  • Bawang besar dibelah 4
  • Ikan bilis
  • Cili kering
  • Santan cair
  • Garam dan serbuk perasa

Kaedah

  • Bersihkan pucuk ubi dan rebus hingga empuk, perah dan ketepikan.
  • Masukkan santan cair, tambah bawang,ikan bilis dan cili kering.
  • Buka api dan kacau agar santan tidak pecah.
  • Masukkan pucuk ubi dan tempe
  • Masak hingga sebati dan tambah garam serta serbuk perasa.
  • Apabila semua bahan telah sebati,tutup api dan hidangkan.

Itulah 10 resepi tempe yang boleh anda cuba sendiri, ia bukan sahaja sedap tetapi juga berkhasiat. Selain dari harganya yang murah ia juga amat mudah didapati terutama dipasar-pasar tani atau kedai runcit. Bagi wanita yang telah berumur tempe juga amat baik dijadikan pilihan kerana khasiatnya. Diharap anda akan jadikan koleksi ini sebagai rujukan untuk menghasilkan masakan berasakan tempe. Selamat mencuba!

Koleksi Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi yang boleh menjadi inpirasa dan memberi idea kepada anda. Diharap anda jangan lupa mencuba dan like dan share juga agar memberi manafaat pada orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *