Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Masakan Suhun Glass Noodle Pilihan Diet Paling Sedap

Suhun merupakan sejenis bahan masakan yang mempunyai rupa seperti bihun namun sebenarnya ia amat jauh berbeza. Suhun diperbuat samada daripada tepung mung bean atau kacang hijau, tepung keledek, tepung ubi atau tepung kentang. Cara membuat suhun juga sebenarnya amat mudah kerana bahan yang digunakan bersamanya ialah air sahaja. Namun ia memerlukan teknik yang betul untuk menghasilkan tekstur yang cantik, juga proses pengeringan yang betul.

Suhun mempunyai beberapa nama lain seperti glass noodle atau mee selotape kerana rupanya yang jernih apabila ia dimasak. Suhun juga dikatakan lebih rendah kalori dan karbohidrat berbanding bihun oleh itu ia banyak diamalkan oleh mereka yang sedang menjaga berat badan.

Dalam perkongsian kali ini kami akan kongsikan kepada anda sepuluh resepi masakan menggunakan suhun yang dimasak dengan pelbagai cara dan bahan untuk menjadikan ia lebih menarik. 

1) Resepi Lemak Fucuk Dan Suhun

Resepi  ini boleh jadi antara yang paling kerap digunakan kerana ia amat mudah dan sedap. Ia juga lebih sihat kerana ia tidak perlu ditumiskan sebaliknya hanya masak menggunakan santan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Santan 2 cawan
  • Bawang besar (belah empat)
  • Cili merah 1 ulas (hiris serong)
  • Kentang 2 biji (dipotong baji)
  • Segenggam ikan bilis
  • Kobis ½ saiz kecil (hiris)
  • ½ peket kecil suhun (atau lebih bergantung citasa)
  • 1 peket kecil fucuk.

Kaedah   

  • Mula masukkan separuh santan dalam periuk,tambah sedikit air.
  • Masukkan kentang dan masak sehingga ia empuk.
  • Kemudian masukkan terus bawang, cili merah, ikan bilis dan kobis.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Tambahkan baki santan dan masa sehingga mengelegak.
  • Akhir sekali masukkan suhun dan fucuk.
  • Biarkan ia lembut dan sedia untuk hidangan.
  • Siap!

2) Resepi Suhun Goreng

Resepi berikut ini disediakan seperti mana menggoreng mee atau bihun, namun begitu berbeza berbanding bihun atau mee kerana suhun amat mudah menjadi lembik dan melekat-lekat. Ikuti cara seperti berikut untuk menyediakan suhun goreng yang sedap.

Bahan-bahan 

  • Segenggam suhun. 
  • Dua ulas bawang putih.
  • 1 sudu besar cili kisar.
  • 1 sudu kecil sos cili
  • Sayur dan isi ayam pilihan sebagai rencah

Kaedah 

  • Mula-mula rendamkan suhun dengan air pada suhu bilik
  • Sementara itu tumiskan bawang putih hingga naik bau
  • Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili kering. 
  • Tambah garam, sedikit gula dan serbuk perasa.
  • Apabila semua bahan telah siap, masukkan sayur.
  • Masukkan suhun dan mulai goreng sehingga suhun menjadi lembut dan jernih.
  • Siap!

3) Resepi Suhun Kobis Sagat

Resepi seterusnya ini merupakan sejenis masakan Cina yang amat mudah kerana oia menggunakan kobis yang disagat halus kemudian dicampur didalam masakan ini. Bagi anda yang ingin mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 paket bihun kacang hijau
  • 1 biji kobis saiz kecil kubis
  • 2 biji telur 
  • 2 sudu teh minyak bijan
  • Minyak
  • 3-5 cili api merah /kering 
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 daun bawang (dihiris)
  • ¼ sudu teh lada putih
  • ½ sudu teh kicap cair/pekat

Kaedah

  • Rendam suhun selama lebih kurang 10 minit sehingga lembut. 
  • Gunting suhun pendek-pendek
  • Sagat kubis menjadi tidak terlalu kasar atau terlalu halus.
  • Pukul telur bersama secubit garam.
  • Goreng telur ,menjadi telur hancur, ketepikan
  • Panaskan dua sudu besar minyak masak di dalam kuali dengan api sederhana. 
  • Masukkan cili, bawang putih, dan daun bawang. 
  • Masak selama beberapa minit sehingga wangi. 
  • Masukkan kubis dan buka api besar. 
  • Kacau dan campurkan semuanya.
  • Masukkan suhun,telur yang hancur
  • Sedikit garam secukup rasa,minyak bijan, lada putih, dan kicap cair. 
  • Kacau rata semua dan terus tumis selama beberapa minit lagi.
  • Tutup api segera apabila suhun telah menjadi jernih. 
  • *Boleh juga tambah udang sebagai rencah
  • Siap!

4) Resepi Suhun Goreng Daging Brokoli

Resepi berikut ini amat menarik dan amat sedap kerana ia menggunakan brokoli bersama suhun dan daging juga ditambah bagi menaikkan lagi keenakkannya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 pek kecil suhun
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk pecah)
  • Sedikit brokoli (hiris)
  • Daging lembut (hiris dan perap dengan sedikit sos tiram)
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu kicap pekat

Kaedah

  • Mula-mula rendamkan suhun dan apabila ia telah kembang, toskan.
  • Gaul suhun tadi dengan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat,ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan daging.
  • Apabila daging mulai kering, tambah brokoli dan masak lagi agar ia menjadi lembut.
  • Kemudian masukkan suhun tadi dan goreng sehingga suhun menjadi jernih.
  • Taburkan lada hitam yang telah ditumbuk halus
  • Siap!

5) Resepi Suhun Goreng Cendawan Tiram

Seterusnya ialah resepi suhun yang digoreng bersama cendawan dan sedikit lada hitam ditambah didalam masakan ini bagi mengimbangkan sifat cendawan yang sejuk, anda boleh juga menambah halia jika anda suka, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 pek kecil suhun
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk pecah)
  • Cendawan tiram ½ pek kecil (hiris)
  • ½ ikat sawi manis
  • Fish ball (hiris)
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu kicap pekat

Kaedah

  • Mula-mula rendamkan suhun dan apabila ia telah kembang, toskan.
  • Gaul suhun tadi dengan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat,ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama fish ball
  • Masukkan cendawan tiram dan juga sawi manis.
  • Apabila sayur mulai lembut masukkan suhun tadi
  • Goreng sehingga suhun menjadi jernih dan lembut..
  • Taburkan lada hitam yang telah ditumbuk halus
  • Siap

6) Resepi Suhun Goreng Udang Halia

Seterusnya ialah menu yang kerap dihidang didalam restoran di Thailand, bagaimanapun masakan ini diubah suai sedikit agar memenuhi selera orang kita, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

Sos:

  • 2 sudu besar kicap
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil minyak bijan 
  • ½ cawan air 

Bahan lain

  • 1 pek kecil suhun
  • 8-10 udang sederhana
  • ½ sudu kecil lada hitam(tumbuk)
  • ½ sudu kecil lada putih(tumbuk)
  • 6 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 2 batang daun ketumbar (potong pendek dan tumbuk dengan lada hitam dan putih)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 daun bawang

Kaedah

  • Rendam suhun dalam air suhu bilik selama 10 minit untuk melembutkan. 
  • Toskan
  • Potong suhun pendek-pendek agar mudah untuk digoreng nanti.
  • Siang udang, potong duri hujung kepala udang dan belah belakang udang untuk buang kotorannya.Cuci dan ketepikan
  • Campurkan semua bahan sos dan kacau sehingga gula larut. 
  • Panaskan kuali dan tumis lada yang telah ditumbuk bersama batang ketumbar tadi.
  • Apabila telah naik bau, masukkan udang.
  • Gaul agar sebati dan kemudian masukkan suhun yang telah diperasakan dengan kicap tadi.
  • Gaul dan goreng agar sebati, kemudian tutup api
  • Hidang dengan hirisan daun bawang dan hirisan cili api merah.
  • Siap!

7) Resepi Suhun Goreng Ala Thai

Resepi berikut diambil dari vlogger masakan Thailand, bahan-bahan seperti sos ikan dan daun ketumbar digunakan didalam resepi sebagai menaikkan lagi aromanya menjadi lebih sedap dan wangi. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 pek kecil suhun 
  • 5 ekor udang perap dalam 1 sudu kecil kicap atau sos ikan 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ½ sudu besar kicap
  • 1 sudu sos ikan
  • 2–3 ulas bawang putih, cincang
  • 1 batang daun ketumbar
  • 2 biji telur
  • ¼ sudu kecil lada putih
  • Sedikit tauge segar
  • 1-2 daun bawang 

Kaedah

  • Rendam mi gelas dalam air suhu bilik selama 10 minit sehingga lembut dan toskan.
  •  Kemudian potong suhun dengan gunting 
  • Campurkan sos tiram,sos ikan dan kicap dalam mangkuk kecil.
  • Panaskan minyak di dalam kuali atau kuali tumis besar, ketika panas, masukkan bawang putih dan daun bawang dan masak sehingga bawang putih mulai berubah menjadi keemasan.
  • Masukkan udang dan masak sehingga bertukar warna.
  • Tambahkan telur dan kacau
  • Masukkan suhun bersama sos yang telah dicampur tadi
  • Kacau rata dan akhir sekali masukkan tauge.
  • Kacau sebentar dan tutup api apabila telah sebati dan suhun bertukar menjadi jernih.
  • Siap!

8) Resepi Japchea Korean Glass Noodle

Resepi berikut merupakan masakan suhun korea yang sangat popular disana. Suatu masa dahulu ia adalah masakan golongan bangsawan namun kini ia dapat dinikmati oleh sesiapa yang sahaja, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 250 gram suhun Korean ( atau suhun biasa)
  • 3 – 5 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 ikat cili hijau benggala (dipotong halus dan panjang)
  • 1 biji lobak merah (dipotong halus dan panjang)
  • 1 biji bawang besar (mayang halus)
  • 80 gram cendawan shitake (hiris)
  • 1 batang chinese leek (hiris memanjang)
  • Sebiji telur ( goreng dadar nipis dan gulung serta potong)

Bahan lain

  • Minyak bijan
  • Kicap manis
  • Kicap cair
  • Bijan (panggang sebentar)
  • 2 sudu gula

Kaedah

  • Rebus suhun Korea sehingga lembut dan alirkan dibawah air paip agar suhun tidak melekat-lekat. 
  • Goreng lobak merah dan kemudian alihkan.
  • Goreng cili hijau benggala dan kemudian alihkan.
  • Goreng cendawan shitake dan kemudian alihkan.
  • Goreng chinese leek dan kemudian alihkan
  • Akhir sekali goreng cendawan shitake dan alihkan.
  • Dalam bekas berasingan, campurkan semua bahan didalam satu bekas.
  • Kemudian gaul ia dengan suhun .
  • Apabila telah sebati, masukkan sayur -sayuran yang telah digoreng.
  • Rasa, jika kurang masin boleh tambah lagi kicap cair.
  • Akhir sekali tambahkan telur dadar.
  • Jika suhun kurang kembang, boleh masak lagi dalam kuali.
  • Tetapi awas kerana suhun cepat masak jadi jangan masak terlalu lama.
  • Siap untuk dihidang!

9) Resepi Sayur Campur Suhun

Resepi seterusnya menggunakan suhun bersama sayur campur jadi ia amat sesuai bagi mereka yang sedang berdiet yang memerlukan lebih sayur didalam menu mereka, berikut adalah cara-caranya.

Bahan-bahan

  • 250 gram suhun Korean ( atau suhun biasa)
  • 3 – 5 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 ikat cili hijau benggala (dipotong halus dan panjang)
  • 1 biji lobak merah (dipotong halus dan panjang)
  • 1 biji bawang besar (mayang halus)
  • 80 gram cendawan shitake (hiris)
  • 1 batang chinese leek (hiris memanjang)
  • Sebiji telur ( goreng dadar nipis dan gulung serta potong)

Bahan lain

  • Minyak bijan
  • Kicap manis
  • Kicap cair
  • Bijan (panggang sebentar)
  • 2 sudu gula

Kaedah

  • Rebus suhun Korea sehingga lembut dan alirkan dibawah air paip agar suhun tidak melekat-lekat. 
  • Goreng lobak merah dan kemudian alihkan.
  • Goreng cili hijau benggala dan kemudian alihkan.
  • Goreng cendawan shitake dan kemudian alihkan.
  • Goreng chinese leek dan kemudian alihkan
  • Akhir sekali goreng cendawan shitake dan alihkan.
  • Dalam bekas berasingan, campurkan semua bahan didalam satu bekas.
  • Kemudian gaul ia dengan suhun .
  • Apabila telah sebati, masukkan sayur -sayuran yang telah digoreng.
  • Rasa, jika kurang masin boleh tambah lagi kicap cair.
  • Akhir sekali tambahkan telur dadar.
  • Jika suhun kurang kembang, boleh masak lagi dalam kuali.
  • Tetapi awas kerana suhun cepat masak jadi jangan masak terlalu lama.
  • Siap untuk dihidang!

10) Resepi Suhun Goreng Tomyam

Resepi terakhir didalam koleksi kali ini merupakan suhun goreng tomyam cara yang paling mudah. Namun begitu rasanya tidak kurang sedap apabila ditambah dengan beberapa abhan bagi menaikkan aroma dan rasanya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 pek suhun saiz kecil
  • Bawang putih (ketuk pecah)
  • 1 sudu pes tomyam
  • 1 biji bawang besar saiz kecil (belah 4)
  • *Rencah hirisan ayam/sotong/udang/fish ball
  • Daun ketumbar/daun limau purut

Kaedah

  • Rendam suhun dengan air paip dan gunting pendek-pendek apabila telah kembang, toskan.
  • Kemudian gaulkan suhun dengan pes tomyam, ketepikan.
  • Tumis bawang putih dan masukkan rencah pilihan anda
  • Kemudian masukkan bawang besar yang telah dibelah 4
  • Masukkan suhun dan goreng sehingga ia menjadi jernih.
  • Keluarkan dan hias dengan hirisan daun ketumbar dan cili api merah.
  • Siap!

Itulah antara sepuluh resepi menggunakan suhun yang boleh anda cuba, didalam penyediaan suhun amat penting untuk rendam ia dengan air bersuhu bilik sahaja agar ia tidak mudah melekat-lekat. Namun cara yang terbaik ialah merendam ia sebentar dengan air suam, apabila ia telah lembut angkat lalukan didalam air paip kemudian toskan sebelum digoreng. Ada beberapa cara digunakan untuk mengelakkan ia menjadi melekat-lekat. 

Apapun diharap anda akan mencuba masakan menggunakan suhun ini kerana ia sememangnya amat sedap dan amat berbaloi untuk dicuba terutama apabila anda sedang berdiet! Namun awas pada penggunaan garam,kicap, atau pun gula kerana bahan-bahan itulah yang biasanya sabotaj usaha diet anda. Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *