Koleksi 10 Resepi Diet Ketogenik Yang Mudah Dan Sedap Confirm Boleh Buat

Diet ketogenik merupakan sejenis amalan permakanan yang mulai dikenali dan diamalkan oleh pelbagai masyarakat didunia. Ia adalah satu plan diet yang boleh membantu untuk menterbalikkan atau reversed beberapa penyakit tidak berjangkit khususnya diabetis dan juga obesiti. Didalam amalan diet ketogenik ini ianya mencadangkan kepada saiz suku suku separuh didalam pinggan. Bagaimanapun berbeza berbanding amalan diet yang biasanya dianjurkan oleh KKM kerana dalam diet ketogenik ini suku pinggan adalah protin, suku adalah lemak sihat dan separuh adalah sayur.

Tujuan pengambilan lemak adalah bagi membekal tenaga mengantikan sumber tenaga yang biasanya kita ambil iaitu karbohidrat. Namun begitu oleh kerana karbohidrat datang bersama kandungan gula yang kadang kala tidak gunakan oleh badan menyebabkan ia bertukar menjadi lemak! Ini adalah punca kegemukkan yang ramai abaikan manakala sayur perlulah separuh dari pinggan dan protin memadai suku pinggan sahaja.

Menarik dalam amalan diet yang penuh kontroversi ini ialah kejayaan mereka yang menurunkan paras gula didalam darah agak ramai selepas mengamalkan diet ketogenik ini malah atas arahan doktor ada juga yang telah dikecilkan dos ubat diabetis dan juga insulin. Perkongsian kali ini kami akan kongsikan 10 resepi yang diamalkan didalam diet ini yang boleh anda cuba. 

1) Resepi Cucur Keto

Resepi cucur ini merupakan salah satu cucur yang dibuat tanpa menggunakan tepung gandum. Bahan yang digunakan didalam resepi ini ialah tepung badam iaitu badam yang dikisar sehingga halus. Rasanya juga amat sedap seperti vadei iaitu sejenis kuih yang diperbuat dari kacang dal. Berikut adalah cara-cara menyediakan cucur keto ini.

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan badam kisar (almond flour)
  • 1/2 sudu teh garam Himalaya 
  • Sebiji telur
  • 3 sudu minyak kelapa dara
  • 1/2 bawang Holland (hiris nipis)
  • Minyak untuk menggoreng

Kaedah

  • Masukkan rempah kari dan garam Himalaya ke dalam almond flour. Kacau sebati.
  • Pecahkan sebiji telur dan kacau rata.
  • Tuangkan 3 sudu minyak dan gaulkan sehingga rata.
  • Masukkan bawang Holland dan kacau.
  • Panaskan minyak. 
  • Dengan api sederhana masukkan sesudu adunan dan goreng.
  • Hidang dengan sos cili.
  • Siap

2) Resepi Roti Keto

Resepi roti keto ini amat unik kerana ia tidak menggunakan tepung danj juga yis namun rupanya hampir sama seperti roti biasa kerana didalamnya berongga dan juga lembut. Biasanya ia dimakan bersama kari ayam atau kambing. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan kering

  • 3 cawan penuh tepung badam
  • 5 sudu besar psylium husk
  • Serbuk penaik 4 sudu teh
  • Serbuk soda bikabornat 2 sudu teh (pilihan)
  • Cuka epal 5 sudu besar
  • Garam 1 ½ sudu teh
  • 6 biji telur putih

Bahan basah

  • Air panas mendidih ¾ cawan

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 200c selama 10 minit. Gris loyang roti yang tinggi.
  • Gaul semua bahan kering,masukkan telur. Gaul sebati.
  • Akhir sekali masukkan air panas. Tekstur ia mestilah seperti doh biasa,jadi perlu digaul atau bila telah sejuk sikit,boleh diuli dengan tangan.
  • Masukkan kedalam loyang roti,hiasi dengan kuaci dan bunga matahari. Tekan-tekan supaya kekacang ini melekat.
  • Bakar pada suhu 200c selama 60 min. Roti ini perlu dimasak hingga benar-benar masak dan garing.

3) Resepi Naan Keto

Seterusnya ialah resepi roti naan yang biasanya ditemui dikedai mamak namun rasanya amat berbeza kerana bahan yang digunakan ialah tepung kelapa yang sangat rendah kabohidrat. Hampir sama seperti rasa lempeng kelapa, berikut adalah bahan- bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan kering

  • ½ cawan tepung kelapa
  • 2 sudu besar psyllium husk
  • 1 sudu besar unsalted butter
  • Secubit garam

Bahan-bahan basah

  • 1 cawan air panas

Kaedah

  • Campurkan bahan-bahan kering. Gaul guna ‘hand whisk’ agar semua sebati dahulu.
  • Tambahkan air panas sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh.
  • Bahagi kepada 8 bahagian atau sebesar bola tenis.
  • Dengan menggunakan 2 helai plastik, leperkan doh menjadi seperti capati. Potong bahagian tepi jika tidak kemas.
  • Panaskan sedikit minyak masak/minyaksapi dalam kuali tidak melekat.
  • Masak naan keto ini seperti kita masak capati. Terbalikkan untuk masak kedua-dua bahagian.
  • Sedia dinikmati.

4) Resepi Bun Keto

Resepi berikut amat sesuai dijadikan bekal jika kepejabat atau dalam perjalanan. Bahan digunakan hampir sama sperti roti keto namun saiznya yang comel memudahkan penyimpanan dan penyediaan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan kering

  • 11/4 cawan almond kisar (almond flour)
  • 5 sudu besar pysllium husk
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam Himalaya (garam warna pink)

Bahan-bahan basah

  • 2 sudu teh apple cider vinegar  (ACV)
  • 3 putih telur
  • 1 cawan air panas

Kaedah

  • Campurkan semua bahan-bahan kering, kacau guna hand whisk. Kemudian masukkan ACV dan telur putih. Kacau lagi sambil masukkan air panas. Dengan senduk,kacau hingga doh menjadi kental. Uli lagi beberapa kali hingga semua adunan melekat dan sebati.
  • Basahkan tangan. Pecahkan adunan kepada 6-8 bahagian. Atau lebih baik timbang setiap satu doh menjadi 40 gram. Basahkan tangan lagi untuk membentuk adunan menjadi bulat.
  • Jarakkan setiap satu doh agar ia tak melekat. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 60 minit. Perlu bakar lama untuk hasil yang cantik.

5) Resepi Nasi Goreng Bunga Kobis

Resepi nasi goreng ini boleh jadi antara yang paling sesuai untuk pengamal diet ini kerana ia tidak menggunakan nasi sebaliknya menggunakan bunga kobis yang disagat sehingga halus sebelum digoreng seperti nasi goreng biasa kita buat. Bagi anda yang ingin mencubanya berikut adalah bahan- bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Bunga kobis parut 2 cawan.

Bahan-bahan tumbuk

  • Cili api 5 biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang besar ½ labu
  • Ikan bilis 2 sudu besar

Kaedah

  • Panaskan minyak
  • Tumis bahan-bahan tumbuk.
  • Apabila telah naik bau, tambahkan garam, serbuk perisa.
  • Kacau semuanya hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan bunga kobis yang telah diparut.
  • Goreng hingga bunga kobis masak.
  • Tutup api, boleh dihidang segera.

6) Resepi Bulletproff Coffee

Resepi minuman keto ini antara minuman yang paling selamat diminum ketika melakukan interment fasting. Ini kerana ia membekalkan tenaga didalam lemak sihat yang diambil semasa melakukan IF, minuman amat membantu anda terutama apabila terasa letih selepas 12 jam tidak makan.Rasanya juga amat sedap, bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahanan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Espresso double shoot / Nescafe/Essenso  gold 1 sk(bancuh dgn suku cawan air panas)
  • 2 sudu besar whip cream
  • 1 sudu besar unsalted pure butter ( sejuk)
  • 1 sudu kecil virgin coconut oil (VCO)

Kaedah

  • Campurkan whip cream,butter dan vco dalam periuk kecil. Panaskan hingga berasap,jangan biarkan ia mengelegak. Kemudian bancuh guna milk frother atau gunakan blender.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan krim ini kedalam espresso . Hiasi dengan taburan koko.
  • Boleh dinikmati semasa intermittent fasting.

6) Resepi Popcorn Ayam Keto

Resepi seterusnya ialah resepi ayam popcorn yang amat biasa ditemui direstoran segera atau cafe. Namun begitu berbeza dengan kebiasannnya, ayam ini tidak digoreng dengan tepung sebaliknya ia menggunakan tepung kacang badam sebagai bahan utamanya. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Isi ayam potong kuib sederhana besar
  • Telur 1 biji
  • Garam secukup rasa 
  • Serbuk bawang putih
  • Serbuk lada sulah
  • Serbuk lada hitam
  • Tepung almond 4 sudu 
  • Gaul sebati dan perap

Kaedah

  • Perap ayam dengan garam, serbuk bawang putih,lada sulah dan lada hitam.
  • Tambah telur.
  • Sebelum goreng gaul dengan serbuk kacang badam
  • Goreng dengan minyak banyak yang panas.
  • Tos sebelum dihidangkan.
  • Siap!

8) Resepi Daging Ayam Bercheese

Resepi daging ayam bercheese ini merupakan salah satu cara paling mudah untuk menyediakan menu ketogenik yang rendah karbohidarat tetapi tinggi protin dan juga lemak sihat. Nikmati ia dengan bersama salad sihat agar anda lebih cepat kenyang.

Bahan-bahan

  • Ayam bahagian dada
  • Serbuk bawang putih
  • Serbuk bawang besar
  • Serbuk paprika
  • Serbuk lada hitam
  • Chilli flakes
  • Garam
  • 2 biji telur

Kaedah

  • Masukkan semua bahan dalam processor atau blender kering.
  • Kisar sampai betul-betul lumat.
  • Bentukkan sama ada nak bulat ke petak.
  • Sediakan kuali leper, tambahkan sedikit minyak zaitun.
  • Letakkan ayam yang telah dibentukkan perlahan-lahan.
  • Kemudian terbalikkan agar masak di kedua-dua bahagian.
  • Apabila ayam telah masak dikedua belah bahagian, letakkan kepingan cheese mozarella ataupun cheddar diatasnya.
  • Tutup bahagian atas kuali sebenar agar cheese cair.
  • Sediakan bersama potongan salad.
  • Siap!

9) Resepi Aiskrim Avocado Keto

Resepi seterusnya ialah sejenis pencuci mulut keto yang tidak menggunakan gula putih didalam bahannya. Rasanya sedikit berlemak kerana ia menggunakan avocado iaitu sejenis buah yang tinggi lemak sihat yang baik untuk jantung. Rasanya boleh tahan sedap dan anda boleh mencubanya menggunakan bahan-bahan seperti berikut.

Bahan-bahan

  • Sebiji avocado 
  • 1 cawan atau 1 kotak santan 
  • 1 sudu besar Lakanto 
  • 1 sudu besar unsweetened cocoa 

Kaedah

  • Kisar semua bahan dalam blender.
  • Masukkan ke dalam 6 bekas kecil.
  • Bekukan semalaman.

10) Resepi Cloud Bread

Resepi terakhir dalam koleksi kali ini  ialah perkongsian oleh Achiek Anis‎‎ di laman Facebook iaitu resepi cloud bread atau roti awan. Ia adalah sejenis roti yang diperbuat dari putih telur,serbuk tar tar dan juga cream cheese. Ia merupakan satu lagi kegemaran ramai pengamal diet ketogenik ini kerana ia mirip roti sebenarnya walaupun rasanya jauh berbeza. Bagi anda yang mencubanya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur,
  • ¼ sudu cream tartar,
  • 3 sudu cream cheese.

Cara-cara :

  • Asingkan putih dan kuning telur.
  • Pukul putih telur dengan cream tartar sampai soft peak.
  • Dalam bekas lain pukul kuning telur dengan cream cheese sampai sebati.
  • Kaup balik putih telur dalam adunan kuning telur.
  • Sudukan ikut suka (saya letak 2 sudu untuk satu roti).
  • Bakar selama 20 minit atau sampai perang.

Itulah dia 10 resepi rendah karbohidrat yang selalu digunakan oleh pengamal diet ketogenik ini. Kebanyakkan bahan-bahan yang digunakan didalam resepi-resepi ini boleh didapati dipasaraya dibahagian makanan organik, dikedai membekal barang bakeri dan juga secara online.

Diet ketogenik ini haruslah diamalkan bersama intermittent fasting untuk melihat keberkesanannya. Walaupun diet ketogenik ini mulai dikenali dan diamalkan, namun ia sebenarnya lebih sesuai bagi mereka yang benar-benar obes dan juga yang mempunyai diabetis. Manakala bagi anda yang masih muda dan hanya ‘overweight’ anda boleh mencuba plan diet yang lebih sesuai seperti diet suku suku separuh atau eat clean. Apapun diharap anda akan  beristiqomah dalam menjaga berat badan menerusi permakanan dan melakukan aktiviti  yang sihat dan kekal aktif!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *