Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Goreng Rangup (Juicy Di Dalam)

Kemana dicari ayam goreng sedap dan rangup macam restoran apabila tiba-tiba perut lapar teringin makan ayam goreng. Belum lagi kalau serta-merta lapar tengah malam sunyi.

Persediaan untuk menghadapi keadaan seperti ini harus ada. Makanan yang pantas, cepat dan menyelerakan ialah jawapan. Ayam goreng rangup panas-panas terus dari kuali bagaikan penolong perut yang sejuk dan kosong. Ayam goreng rangup sentiasa mengenyangkan dan hangat.

Sesedap manapun ayam goreng restoran masih lagi sedap ayam goreng buatan sendiri bukan? Terjamin pula kebersihan semasa penyediaannya.

Siti Nor Farahin berkongsikan resepi ayam goreng rangup di laman Facebook. Teringin makan ayam goreng rangup ala restoran? Kini resepi ayam goreng simpel yang rangup dan sedap namun rasa restoran ada ditangan anda.

Resepi Ayam Goreng Rangup

ayam goreng rangup
Imej via Facebook

Bahan Perap :

  • 6 ulas bawang putih ditumbuk,
  • 2 sudu besar serbuk cili/paprika,
  • 1 sudu besar rempah kari,
  • 1 sudu besar gula.
  • 1 sudu teh garam.

Bahan Salut :

  • 1 ½ cawan tepung jagung,
  • 1 cawan tepung gandum,
  • Secubit soda birkabornat,
  • 1 sudu teh baking powder,
  • 1 sudu teh lada hitam,
  • 1 sudu teh lada putih,
  • 1 sudu teh chicken stok,
  • 2 sudu teh garam,
  • *telur sebiji

Cara-cara :

  1. Sediakan bahan perap yang telah dihaluskan.
  2. Kemudian oerapkan ayam dengan bahan perap beri sedikit air selama 10-15 minit.
  3. Siap perap, balut ayam dengan bahan salut yang sudah disebatikan. Caranya celup ayam dalam telur guna sepit, angkat ayam dan masukan dalam bekas tepung. Pastikan tangan kanan kering dan tidak terkena telur. Guna tangan kanan untuk salut ayam sahaja untuk elakan tepung berketul.
  4. Ratakan tepung pada ayam, celah ayam dan bawah kulit ayam.
  5. Lepas salut, tunggu ayam basah macam gambar selama 10-15 minit untuk elakan ayam tidak ada tepung dan elakkan minyak jadi hitam sebab banyak tepung yang masuk masa digoreng.

    ayam goreng rangup
    Imej via Facebook
  6. Minyak harus panas, bila minyak panas masukkan ayam. Tidak perlu dikacau. Tunggu sampai nampak kurang buih baru dibalikkan.
  7. Kalau ayam sudah ringan terapung dalam minyak maknanya ayam hampir masak. Angkat tos dan makan.

    ayam goreng rangup
    Imej via Facebook

Nota : Saya suka goreng guna periuk, sebab itu ayam jadi juicy. Api antara kecil dan sederhana.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam goreng rangup, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!