Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lor Bak Chinese Food Yang Viral Snek Sedap

author name

Resepi ini merupakan masakan Cina yang mulai digemari kerana ianya selain daripada sedap amat mudah untuk disediakan. Penggunaan bahan yang sangat minima dan ianya juga boleh dibuat lebih awal memudahkan banyak kerja. Bagi anda yang mencari idea masakan terbaru dan mudah anda boleh mencuba resepi ini, berikut adalah cara menyediakan dia. 

Bahan-bahan

A

  • Ayam kisar
  • Carrot potong dadu
  • Bawang besar potong dadu
  • Daun bawang potong halus
  • Bawang putih cincang
  • Garam dan sedikit lada sulah
  • Isi udang potong dadu

Bahan lain

  • Fucuk masin

Kaedah

  • Gaul semua bahan A hingga sebati.
  • Potong kulit Fucuk masin mengikut saiz yang anda suka.
  • Lap dengan tisu atau kain basah bagi mengurangkan rasa masinnya.
  • Isi inti dan gulung kemas.
  • Kukus lor bak dan sedia untuk digunakan.
  • Lor bak lebih sedap digoreng selepas dikukus tapi kalau nak makan terus selepas kukus pun sedap.
  • Siap! 

Kulit fucuk ini boleh dibeli di kedai seperti jaya grocer tetapi cara paling mudah untuk membelinya ialah secara online sahaja. Anda tak perlu rendam ia seperti rice paper tetapi memadai dengan cara  anda membersihkan garam yang melekat agr ia tak terlalu masin. Selepas kukus anda boleh bekukan ia untuk digunakan bila-bila masa anda perlukan ia. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.