Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Tauhu Sumbat Ayam Berkicap Sekali Sekala Cuba Chinese Food Lak

author name

📄 ,

Resipi kali ini merupakan sejenis resipi yang sesuai dijadikan sebagai hidangan sampingan. Tauhu sumbat ayam ini sesuai dihidang bersama nasi ayam dan semangkuk sup. Cara penyediaannya juga ringkas dan mudah.

Antara bahan yang digunakan ialah tauhu putih, isi ayam dan kicap. Manakala ia menggunakan teknik mengukus yang memelihara kesegaran dan kebaikan makanan tersebut. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 4 keping tauhu putih keras
  • Belah dan keluarkan isinya, ketepikan.

Bahan-bahan inti ayam

  • Isi ayam (kisar halus)
  • 1tsp serbuk bawang
  • 1tsp serbuk garlic
  • 1tsp serbuk halia
  • 1tsp serbuk lada sulah
  • 1tsp tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Garam dan serbuk perasa

Kaedah

  • Gaul semua bahan hingga sebati.

Bahan kuah kicap

  • 2 ulas bawang putih cincang halus
  • 1tsp kicap cair
  • 1-2tbs kicap manis
  • 1tbs sos tiram
  • Daun bawng dan daun sup sebagai hiasan.

Kaedah

  • Isi tauhu dengan inti ayam dan kukus sehingga masak.
  • Tumis bawang putih untuk menyediakan kuah kicap.
  • Kemudain tambah sos tiram, kicap cair dan kicap manis.
  • Tambah sedikit air dan tambah tauhu yang telah dikukus tadi.
  • Siap! 

Tauhu putih mempunyai 2 jenis satu jenis keras dan satu lagi lebih lembut dan sedap. Namun begitu tauhu keras tahan lebih lama banding tauhu lembut. Terpulanglah pada citarasa anda untuk memilih namun yang pasti resipi ini amat berbaloi untuk dicuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.