Sup Tauhu Jepun Cendawan Butang

Resepi Sup Tauhu Jepun Cendawan Butang (Confirm Ramai Suka!)

Tauhu Jepun amat sedap jika dimakan begitu sahaja. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa hidangan yang diinovasi daripada tauhu jepun. Ianya pasti sedap!

Antara resepinya adalah resepi sup tauhu jepun bersama cendawan butang. Ianya merupakan gabungan yang enak, dimakan bersama nasi panas di musim hujan pasti disukai semua!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ida dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Sup Tauhu Jepun Cendawan Butang

Sup Tauhu Jepun Cendawan Butang
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 tiub tahuhu jepun (potong 8 setiap satu)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 liter air
  • 1 tsb sos tiram
  • 1 kiub ayam
  • Sayur-sayuran dan cendawan butang
  • 2 biji telur ayam (kacau seperti telur dadar)
  • Sedikit tepung jagung dicampur air
  • Garam

Cara – cara memasak:

  1. Goreng kedua-dua belah tauhu jepun. Jangan sehingga pecah. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih dan masukkan air, sos tiram, kiub ayam dan sayur-sayuran serta cendawan butang.
  3. Kemudian, masukkan telur dan kacau.
  4. Masukkan tauhu jepun yang telah digoreng.
  5. Masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  6. Perasakan dengan garam.
  7. Hidang dan tabur bawang goreng dan daun sup.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *