pizza-homemade

Resepi Pizza Homemade (Mudah dan Sedap!)

Pizza, makanan Itali yang amat sebati dengan rakyat Malaysia. Restoran seperti Pizza Hut serta Domino’s Pizza amat popular dikalangan kita. Tapi, tahukah anda pizza boleh dimasak sendiri?

Kali ini kami bawakan resepi Pizza Homemade yang amat mudah, serta tidak menunggu masa yang lama untuk disediakan. Bagi toppingnya pula, boleh mengikut kepada kreativiti anda sendiri kerana tiada had untuk pizza anda sendiri.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Fatimah Saari dan mendapat banyak perkongsian serta likes di media sosial

Resepi Pizza Homemade

pizza-homemade
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sdb marjerin
  • 2 sdb gula
  • 2 sdk yis
  • 1/2 cawan air suam

Bahan topping:

  • sos cili, sos tomato, mayonis
  • capsicum merah, hijau, kuning
  • sosej
  • bawang holland
  • tomato
  • lobak
  • cheddar cheese
  • mozarella cheese

Cara – cara memasak:

  1. Bancuh yis dan gula dengan air suam. Biar sampai berbuih.
  2. Gaul tepung dan marjerin.
  3. Masuk air bancuhan yis tadi
  4. Uli sampai doh tak melekat kat tangan. Uli lagi lama lagi lembut.
  5. Biarkan sebentar sampai doh naik 2x ganda.
  6. Tumbuk doh keluarkan angin
  7. Leperkan atas pan ,cucuk – cucuk sedikit dengan garfu dan letak topping
  8. Bakar suhu 170- 35minit.

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *