Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Pizza Mini (Comel dan Sedap!)

Pizza merupakan makanan yang berasas daripada Italy. Walaubagaimanapun, orang kita juga ramai menggemarinya. Ada pelbagai versi pizza yang telah dihasilkan.

Kali ini kami bawakan resepi satu versi pizza iaitu pizza mini. Ianya hadir dalam saiz yang kecil dan mudah untuk dimakan. Hidangan ini juga sesuai untuk anak – anak kita. Bolehlah jadikan hidangan ini idea buat bekalan ke sekolah mereka.

Resepi ini dikongsikan oleh Delly Kayangan dan mendapat banyak perkongsian di Facebook. Tanpa menunggu lagi, jom kita tengok!

Resepi Pizza Mini

Image via Facebook

Bahan – bahan:

Roti Pizza Mini:

  • 1 kilo tepung gandum
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar garam halus
  • 1 paket yis kering (11gm)
  • Minyak sunflower
  • Water Roux (pelembut roti)

Topping:

  • Sosej
  • Crab stick
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Mozzarella Cheese
  • Cheddar cheese

Cara – cara memasak:

Water roux* (Pelembut roti)

  1. Satukan 3 sudu besar tepung gandum dan 12 sudu besar air didalam periuk.
  2. Kacau sehingga jadi kental
  1. Masukkan kesemua bahan roti pizza mini kedalam mangkuk.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung jadi doh.
  3. Uli doh sehingga licin sambil letakkan minyak bunga matahari pada tangan sedikit – sedikit. Uli dalam 10 minit.
  4. Rehatkan doh sehingga dua kali naik.
  5. Apabila sudah naik, tumbukkan doh untuk buang angin.
  6. Bahagi doh ikut sebesar mana yang kita nak.
  7. Apabila sudah bahagi doh, leperkan sedikit, kemudian letakkan dalam bekas roti.
  8. Letakkan topping.
  9. Bakar 20 – 30 minit pada suhu 160C, api atas dan bawah.
  10. Siap!

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba!

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!