Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup & Sos Steamboat Ala Johny’s Semuanya Homemade Je

 Resepi ini merupakan resipi sup dan juga yang biasanya didapati di restoran terkenal Johnny. Restoran tersebut biasanya menggunakan sup ayam dan juga tom yam untuk dijadikan kuah steamboat. Manakala sos pencicahnya pula adalah sangat istimewa namun sebenarnya tidaklah sukar untuk membuatnya dan bahan yang digunakan pula sangat mudah untuk didapati. Perkongsian kali ini akan menunjukkan kepada anda cara membuat sup ayamnya bersama dengan sos cicah. Jom kita lihat apakah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan sos cicah Jonhny’s

  • 2 tbsp sos cili
  • 2 tbsp sos tiram
  • 1 tbsp sos ikan
  • 2 tbsp cuka
  • 2 ketul kiub ayam
  • 3 tbsp gula perang
  • 1 tsp garam
  • 1 tbsp sos korea (pilihan)
  • 1 tbsp sos sriracha (pilihan)
  • *masukkan semua dalam 1 mangkuk

Bahan lain

  • 1 genggam daun ketumbar bersama akarnya.
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 ulas cili api merah
  • 3 ulas cili merah
    *kisar halus

Bahan hias

  • Daun ketumbar hiris
  • Bijan putih

Kaedah

  • Gabungkan kedua bahan ini didalam satu bekas dan masak hingga mengelegak 
  • Tambah air jika perlu dan  tambah sedikit air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • Akhir sekali taburkan daun ktumbar dan bijan
  • Siap!

Bahan-bahan sup steamboat

  • 5 ulas bawang putih cincang
  • 2 ketul kiub ayam
  • Air secukupnya

Kaedah

  • Tumis bawang putih hingga naik bau.
  • Kemudian tambah kiub ayam dan kacau hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan air (saya guna anggaran 2 liter air)
  • Bila dah mengelegak boleh masukkan daun bawang dan minyak bijan kalau suka.
  • Siap!

Jika anda suka lobak putih anda boleh tambah seperti mana sup steamboat Johny/s yang original. Untuk steamboat ni anda bebas untuk membeli bahan-bahan yang sesuai jika anda pergi ke supermarket di bahagian frozen anda boleh membeli bebola  5ini1 steamboat. Manakala anda juga boleh menyediakan isi ayam, daging batang pinang,udang dan juga sayur-sayuran sebagai bahan steamboat. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.