Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup Telur Yang Sempoi Giler Korang Mesti Suka

Resepi kali ini merupakan salah satu masakan ringkas yang sangat mudah disediakan. Ianya digemari hampir semua orang, terutamanya kanak-kanak. Masakan berasaskan sup ini menggunakan telur sebagai bahan utamanya. Manakala penggunaan seperti fucuk dan suhun melengkapi lagi rasanya nak menjadikan ia digemari ramai.

Sesuai bagi anda yang sering sibuk dan tidak mempunyai masa untuk masak terutamanya masakan malam bolehlah anda mencuba resipi ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 4 ā€“ 5 biji telur gred B
  • 1 cekak suhun, kerat pendek dan rendam hingga lembut
  • 60 gram fucuk potong kecik dan rendam hingga lembut
  • 3 ulas bawang putih, tumbuk pecah
  • Anggaran 1 sudu besar ikan bilisĀ 
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam kisar (pilihan)

Kaedah

  • Sediakan periuk dan sedikit minyak.panaskan.
  • Tumis bawang putih sehingga naik bau
  • Masukkan ikan bilis dan biarkan sehingga garing sebentar.
  • Kemudian baru masukkan air anggaran 500ml
  • Biarkan sup mengelegak dahulu beberapa minit.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasaĀ 
  • Masukkan fucuk ,suhun dan disusuli telur sebiji demi sebijik.
  • Tutup apabila telur telah masak
  • Siap!

Masakan ini boleh jadi dinikmati begitu sahaja bersama nasi panas ataupun anda juga boleh menikmatinya bersama sambal goreng seperti ikan bilis berlada atau ayam goreng berlada. Kerana rasa pedas pada masakan tersebut sangat sesuai dipadankan bersama sup telur ini. Diharap anda akan mencuba sendiri resipi ini selamat mencuba!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!