Resepi Sup Telur Petola (Sup Hangat)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi berasaskan sup yang sedap dimakan bersama nasi dan sambal ikan. Bagi anda yang kurang gemar akan sayur, boleh jadi resepi berikut dapat memikat hati anda. Sayur petola adalah sejenis sayur yang baik untuk kesihatan. Ia dapat menurunkan panas badan dan juga beberapa khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita.

Perkongsian kali ini ialah resepi sup yang digemari terutama ketika tidak sedap badan atau ketika tidak punya selera. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Sup Telur Petola (Sup Hangat)

Bahan bahan

  • 2 batang petola – siang dan hiris sederhana tebal

Bahan tumbuk

  • 4 ulas cili api
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar ikan bilis
  • ½ sudu kecil lada sulah

Bahan rencah lain

  • 1 keping fucuk (rendam dulu)
  • Segenggam suhun (rendam dulu)
  • 1 biji kentang ( bersihkan dan belah 6)
  • Cili kering sebatang dua (potong dua)
  • Telur sebiji
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya 

Kaedah

  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk dan cili kering yang digunting tadi.
  • Apabila telah naik bau, masukkan air 2 cawan.
  • Terus masukkan kentang agar ia cepat empuk
  • Kemudian biarkan ia mengelegak dahulu, baru masukkan petola yang telah dihiris. 
  • Biarkan petola sedikit empuk, baru masukkan suhun dan fucuk.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Akhir sekali kecilkan api dan masukkan telur, biar seketika jangan dikacau agar telur tidak hancur.
  • Siap.

Sup ini merupakan sup yang pedas jadi ia sesuai untuk dimakan ketika masih panas. Sedap dihirup begitu sahaja, tapi sedap juga dimakan dengan ikan goreng atau ikan sambal, terpulang pada citarasa anda. Apapun diharap anda sudi mencuba resepi ini hujung minggu nanti ya! Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Resepi Sayur Petola

Resepi Sup Ketam

Resepi Sup Cendawan Isi Ayam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *