Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Tauge Masak Kicap Dahlah Sempoi Sedap Pulak Tu Wajib Try

author name

Resepi kali ini merupakan resepi ringkas yang paling senang untuk disediakan. Sayur tauge adalah antara sayur yang mudah didapati dan paling murah. Anda boleh membelinya pada harga hanya sekitar 50 sen sahaja! Tapi yang paling penting ialah khasiat tauge itu sendiri. Terutama bagi golongan wanita! Baiklah untuk menyediakan sepiring tauge masak kicap ini berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan bahan

  • 2 genggam tauge
  • 7 pokok kucai dihiris memanjang
  • 1/2 biji lobak merah hiris panjang
  • 1 biji cili merah hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • Kicap dan minyak bijan (pilihan)
  • Garam dan serbuk perasa, jika suka

Kaedah

  • Mula-mula tumis bawang putih hingga naik bau.
  • Selepas itu tumis cili merah dan masukkan garam dan ajinmoto.
  • Tambah sedikit air supaya senang kacau sebati.
  • Tambah  lobak merah dan juga tauge bersama daun kucai.
  • Renjiskan sedikit kicap tak perlu banyak sebab dah letak garam.
  • Renjiskan sedikit minyak bijan dan tutup api.
  • Siap!

Tahukah anda bagi wanita yang ingin mengandung tauge boleh menambah kesuburan juga. Saya tahu sebab saya amalkan ia jadi selain sedap, murah dan berkhasiat ia amat berbaloi untuk dicuba sendiri! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.