Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Pucuk Ubi Goreng Jarang Jumpa Tapi Sedap

author name

Resepi berikut merupakan sejenis masakan kampung yang jarang ditemui. Ini bukan kerana bahannya  sukar ditemui, sebaliknya ramai yang tidak tahu ianya boleh disediakan seperti ini. Pucuk ubi biasanya ditemui dan ia dihidang sebagai ulam atau sebagai bahan dalam sambal tempoyak. 

Malah pucuk ini juga dijadikan bahan didalam masakan berkuah. Namun begitu sebenarnya ia juga boleh digoreng seperti sayur goreng, malah boleh juga dijadikan rendang. Namun kali ini kita lihat dahulu bahan-bahan diperlukan didalam resepi ini.

Bahan – bahan

  • Seikat pucuk ubi seikat (rebus hingga empuk,perah dan toskan ia)

Bahan tumbuk

  • 5 ulas cili api
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu ikan bilis

Kaedah 

  • Tumis semua bahan tumbuk kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa.
  • Tambah sedikit air jika perlu.
  • Masukkan pucuk ubi yang telah disediakan awal tadi.
  • Boleh juga gunting daun pucuk ubi agar lebih mudah untuk dimakan.
  • Siap!

Pucuk ubi ini mestilah direbus empuk dan diperah dahulu airnya agar ia tidak pahit. Daun yang digunakan juga mestilah hanyalah 3 helai daun paling atas. Ini penting kerana jika anda ambil bahagian bawah ia akan pahit. Tambahan pula jika kita beli dipasar, pucuk ubi yang dibeli kelihatan banyak tapi sebenarnya pucuknya hanya sedikit sahaja, anda haruslah cuba sendiri resepi ini, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *