Kek Coklat tanpa telur

EGGLESS CHOCOLATE CAKE

BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
6 sudu besar serbuk koko
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan minyak sayur atau minyak jagung
1/4 cawan air nescafe panas ( 1 sudu teh dilarut dalam 1/4 cawan air panas )
1/4 cawan susu ( suhu bilik )
1/4 cawan plain yogurt ( suhu bilik )
1 sudu teh esen vanila

CARA-CARA
1. Dalam satu mangkuk yang besar, ayak tepung gandum, baking soda, baking powder, dan serbuk koko. masukkan gula dan buat sedikit lubang di tengah
2. tuangkan ke semua bahan basah
3. dengan menggunakan handwhisk, kacau perlahan -lahan ke semua bahan sehingga sebati. jangan terlebih kacau.
4. tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper . hentak loyang dalam beberapa kali nak bagi keluar buih udara
5. bakar dalam oven yang telah dipanaskan dalam 30 minit pada suhu 150 C ( bergantung kepada oven masing- masing )
6. sebelum keluarkan daripada oven, cuba cucuk dengan lidi, sekiranya lidi licin menandakan kek telah masak
7. sebaik sahaja keluar dari oven,sisipkan keliling loyang dengan pisau dan keluarkan dari loyang terus atas wire rack untuk disejukkan

NOTA

Saya guna loyang empat segi 7 x 7 inci
kalau nak simpan macam dalam gambar, terus wrapkan dengan cling wrap dan letak dalam peti , keesokan tu baru wani potong,, lagi terserlah kelembapan, tapi memang dah moist pun nak makan terus panas โ€“ panas tu pun tak apa sebab nampak moist sangat disebabkan kelainan ada yogurt

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih ๐Ÿ™‚